Posts

Showing posts from December, 2012

PENGUCAPAN AWAM UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & LEPASAN SPM

Image
    Pengucapan Awam Untuk Pelajar Sekolah Menengah dan Lepasan SPM dapat membina keyakinan diri para pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan di sekolah.  Asas ini membolehkan mereka untuk pergi jauh dan menyerlahkan lagi bakat yang ada dalam diri mereka.        Saya teringat ketika dibangku sekolah rendah lagi, saya selalu dipilih oleh guru untuk membuat persembahan sama ada mendeklamasi sajak, bercerita dan berlakon semasa "Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Sekolah" dan sebagainya.       Saya akui saya bukanlah pelajar yang amat cemerlang di dalam bidang akademik. Keputusan peperiksaan biasa-biasa sahaja atau sederhana.  Namun saya tidak berasa dipinggirkan. Beberapa guru yang terlibat mengundang saya menyertai suatu bidang yang saya sendiri masih kabur pada peringkat permulaannya.       Cikgu Tajul, Guru Bahasa Melayu (masih ingat lagi namanya) berjay...
Image
Bengkel: Penyediaan Unjuran Aliran Tunai & Pendapatan (Praktikal) Siri Ke-2 Objektif  1 ) Peserta akan dapat menyediakan unjuran aliran tunai dan unjuran pendapatan berdasarkan perniagaan masing-masing.                     2) Peserta dapat memahami perbezaan aliran tunai dan pendapatan lebih jelas.                     3) Memahami kepentingan unjuran aliran tunai dan pendapatan untuk membuat keputusan kewangan dalam perniagaan. Pengelola Bengkel En Kamarul Bahrin Bin Mohd Ramli (Penerangan speaker seperti di bawah) Tarikh 1 5 Disember 2012 (Sabtu) Masa 8.30 pagi – 1.00 tgh Tempat DPMM Putrajaya No 8B, Tingkat 2 Jalan P9G/7, Presint 9 62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Map:   Klik DPMM Putrajaya ) ...

PENGUCAPAN AWAM BERKESAN

Image
Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap, pendengar atau hadirin. Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pengucapan awam bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan, penampilan dan tingkahlaku serta etika. Pengucapan awam yang baik mampu membolehkan perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya. Kemahiran dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini merupakan satu kelebihan kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin disampaikan oleh pengucap. PIDATO Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002), pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk.   Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, ...