Posts

Showing posts from July, 2013

KELEBIHAN MALAM 10 TERAKHIR RAMADHAN

Image
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;  Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)  Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).  Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)  Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasul...

ANDA BAKAL MEMENANGI SEBUAH KERETA PROTON TERBARU (Cepat Tinggal 2 Hari Saja Lagi !!!)

Image
PROTON : PERADUAN NAMA SIAPA HEBAT? Anda Cukup KREATIF? Berikan Nama Kereta  Kompak PROTON Yang Terbaru dan ANDA Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM120,000.00 ... TERMA & SYARAT "PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" dianjurkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) dan terbuka kepada warganegara Malaysia, yang mempunyai kad pengenalan yang sah, berusia 12 tahun dan ke atas termasuk kakitangan PROTON KECUALI kakitangan yang terlibat di dalam Jawatankuasa PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat. Peraduan ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 25 Jun 2013 hingga 11.59 malam 25 Julai 2013 ("Tempoh Peraduan"). Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman web namasiapahebat.proton.com dan juga boleh didapati dari cawangan-cawangan Pusat Servis PROTON yang terpilih di seluruh negara. Sila rujuk di laman web tersebut di atas. Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman web namasiapahebat.proton.com dan juga boleh didapati dar...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN 1434H

Image
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa. " Surah Al Baqarah, ayat 183 Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan...... ."   PENGERTIAN PUASA   Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. PUASA WAJIB Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar. LAIN-LAIN JENIS PUASA : PUASA SUNAT   Puasa enam hari ...