Posts

Showing posts from January, 2014

AQIQAH

Image
PENGERTIAN ‘AQIQAH ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang  an‘am  yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah  subhanahu wata‘ala .  HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH Hukum melakukan ‘aqiqah ialah  sunnah mu’akkadah  bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.  WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.  Sabda Rasullullah  sallallahu ‘alayhi wasallam : كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى . Maksudnya: "Setiap bayi itu...