MAJLIS PEMBUKAAN RASMI HASSAN ADLI BOUTIQUE @ BANGI SENTRAL
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Masih ingat lagi dengan Imam Muda Hassan Adli Yahaya? Beliau adalah juara program realiti Imam Muda, Musim 2, Astro Oasis. Berpadu tenaga bersama sahabat baiknya, Sdr. Jarir Jafni Haron menubuhkan Oasis Kreatif Sdn. Bhd pada tahun 2011 setelah Imam Muda Hassan dinobatkan sebagai Juara Imam Muda, Musim 2. Hassan Adli Boutique yang diserbu oleh peminat-peminat jubah sejak awal pagi Jubah lelaki merupakan produk utama Hassan Adli Boutique. Terdapat 3 kategori jubah yang terdiri daripada kategori Moden, Premium dan Platinum. Keistimewaan Jubah Hassan Adli Boutique : a) Potongan 'Slim'/ "Slim Cut' tetapi masih mengekalkan keselesaan pemakai. Boleh dibawa untuk menunaikan solat serta aktiviti harian. b) Pemadanan kain dan kombinasi warna yang diteliti rapi sebelum direka. c) Penggunaan bahan yang berkualiti tinggi, mudah dijaga, mudah digosok, kurang berkedut dan tidak panas. d) Mementingkan kuali...