PERINTAH SUPAYA MENYERAHKAN AMANAH KEPADA YANG BERHAK DAN BERLAKU ADIL
Pengenalan Dalam membahaskan isu amanah dan adil ini, kebanyakan para ulamak dan pemimpin Islam sering memilih surah ayat 58 dari surah An-Nisa’ sebagai bahan rujukan utama. Ini adalah kerana ayat ini membahaskan dua prinsip kepimpinan yang penting secara serentak iaitu penyerahan amanah kepada yang berhak dan perintah supaya berlaku adil. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil.Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat. ...