SURAT TERBUKA BUAT PRESIDEN BARRACK OBAMA
BENARKAH DEMOKRASI UNTUK SEMUA? Presiden Barack Obama, Semoga Tuan dan pentadbiran Tuan tahu bahawa seluruh warga dunia yang mencintai keamanan, khasnya orang Islam, adalah dalam kejutan serta sangat marah akan ‘ massacre’ atau pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Dataran Raba’ah dan Nahda di Mesir. Sumber Ikhwan Muslimin mutakhir meletakkan lebih 2,000 terbunuh dengan lebih 10,000 yang cedera secara serius termasuk orang awam, wartawan dan jurugambar. Pendirian Tuan yang tidak keruan mengenai penyingkiran Presiden Morsi sebelum ini dan kegagalan yang disengajakan untuk tidak mengutuknya sebagai ‘rampasan kuasa tentera’ sangat dikesali dan amat membingungkan dunia. Tanpa menidakkan usaha pentadbiran Tuan yang ditanggapi sebagai tindakan tertekan tetapi terlambat mutakhir ini, khasnya percubaan John Kerry dan Senator John McCain, bagi menjayakan perdamaian, namun, langkah lebih awal yang tegas mengut...