PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan untuk menerima jemputan Tn. Haji Azmi, Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H. Majlis didahului dengan doa selamat, ucapan aluan-aluan daripada Pengerusi serta ucapan istimewa daripada YB. Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat yang turut menyerikan majlis.
YB. DR. CHE ROSLI CHE MAT, Ahli Parlimen Hulu Langat sedang menyampaikan ucapan |
Kelihatan beberapa para pelajar dari Kolej Ugama Islam Selangor (KUIS), para sukarelawan PESUHA, individu, masyarakat setempat, tetamu jemputan dan para dermawan memenuhi persekitaran majlis. Dianggarkan berjumlah lebih 1000 orang hadir dalam majlis tersebut yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Seusai solat fardu Zohor, kami sekeluarga meneruskan menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Jualan amal pakaian terpakai turut disediakan. Pembeli hanya perlu memilih pakaian yang bersesuaian dengan mereka dan memberikan sumbangan di dalam tabung khas yang disediakan. Dikesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan Sukarelawan Persatuan Hospital Ampang (PESUHA) mengucapkan jutaan terimakasih kepada rakan-rakan dan orang ramai yang mendermakan pakaian terpakai kepada kami untuk meneruskan "JUMBLE SALE" seperti ini.
PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA
NO. PEN. ROS : 004-10-25012012
LOT 683, JALAN SEKOLAH, KG. SUNGAI SEKAMAT,
BATU 12 ½, JALAN CHERAS, 43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL / FAX : 03-8733 0715
EMEL : pjfmfikrah@gmail.com
Kelolaan :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-FIRAH MALAYSIA
Dengan Kerjasama :
PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA
Penaung :
YDH. DATO ORANG KAYA TO’ ENGKU MAHA BIJAYA HULU LANGAT
ABDUL JALIL BIN DATO’ ABDUL RANI
ORANG BESAR DAERAH HULU LANGAT
JEMPUTAN KERJA AMAL
Pertubuhan, Korporat, Individu, Institusi Pendidikan dan
sebagainya digalakkan untuk melawat ke Pusat Jagaan serta melakukan kerja-kerja
amal (CSR).
PENGENALAN
Peningkatan kes-kes terdampar warga emas merupakan satu
fenomena yang membimbangkan dan harus ditangani sebaik mungkin, lebih-lebih
lagi menjelang tahun 2020. Tidak dinafikan punca utama gejala ini berleluasa
akibat daripada kerapuhan institusi keluarga, keruntuhan akhlak, ketidakpatuhan
kepada ajaran agama dan pelbagai lagi fenomena social lain yang telah
menyumbang kepada masalah pengabaian yang berterusan oleh ahli-ahli keluarga.
Di hospital-hospital kerajaan seumpamanya, keadaan ini semakin ketara bilamana
pesakit ditinggalkan waris atau lebih tepat diabaikan. Atas dasar
keperimanusiaan, maka Pusat Jagaan Al Fikrah terpanggil menyediakan kemudahan
tempat tinggal bagi membantu insane yang malang ini. Semoga usaha yang sedikit
ini diberkati Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu malam
dan siang secara senyap=senyap atau terang-terangan, maka mereka beroleh pahala
di sini Tuhan mereka dan mereka tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya
kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan ereka pula tidak akan
berdukacita.”
(Al-Baqarah : Ayat 274)
OBJEKTIF PENUBUHAN
a)
Penempatan penghuni terdampar lelaki dan wanita.
b)
Penempatan sementara/ kekal penghuni miskin
tidak berkemampuan, tidak mempunyai saudara mara serta bermasalah social.
c)
Membantu hospital kerajaan untuk menempatkan
pesakit selepas discaj dari wad.
d)
Memberi keselesaan kepada penghuni agar mereka
merasai hidup yang terurus dan disayangi oleh insan lain.
KATEGORI PENGHUNI
a)
Terdampar tanpa waris.
b)
Orang kurang upaya (OKU).
c)
Warga emas.
d)
Mualaf/ Saudara baru.
e)
Bekas pesakit hospital.
KATEGORI PENGHUNI TIDAK DDIPERTIMBANGKAN
a)
Penagih dadah/ Arak/ Gam.
b)
Penghidap HIV/ AIDS.
c)
Gangguan kesihatan mental.
d)
Penyakit berjangkit.
KRITERIA KEMASUKAN
a)
Rujukan daripada Pegawai Kerja Sosial Perubatan
Hospital.
b)
Rujukan daripada individu/ masyarakat.
c)
Beserta Laporan Perubatan Pakar/ Pegawai Perubatan.
PROGRAM-PROGRAM DI PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA
a)
Khidmat kaunseling.
b)
Membimbing dan mendidik dari segi spiritual,
emosional serta persediaan dalam menjalani kehidupan berdikari kelak.
c)
Keagamaan dan kerohanian.
d)
Kemahiran diri serta kerja tangan seperti
gubahan, lukisan dan sebagainya.
e)
Pengajian kelas Al-Quran, Feqah, Fardhu ‘Ain dan
lain-lain.
f)
Aktiviti riadah seperti senaman pagi, berkebun
dan sebagainya.
g)
Aktiviti bersama masyarakat ketika lawatan
seperti ziarah, gotong-royong, ramah-mesra dan jamuan.
h)
Aktiviti bersama dari penun tut-penuntut kolej, universiti
dan sekolah.
i)
Aktiviti luar bersama masyarakat seperti jamuan
berbuka puasa, perkahwinan dan lain-lain.
KEMANA SUMBANGAN DIBELANJAKAN
a)
Makanan harian.
b)
Sewa premis.
c)
Utiliti seperti bil elektrik/ air/ telefon/ surat
khabar/ majalah.
d)
Emolumen/ gaji pekerja termasuk KWSP dan SOCSO.
e)
Kos pengangkutan untuk rawatan hospital dan
klinik.
f)
Pendidikan kerohanian/ modal insane/ pembangunan
diri.
g)
Peralatan perubatan seperti kerusi roda/ oxygen
concentrator/ ripple mattress/ suction pump/ diapers/ nebulizer dan lain-lain.
h)
Peralatan harian seperti katil/ tilam/ bantal/
selimut.
i)
Pakaian.
j)
Pengubahsuaian premis seperti peralatan khas
OKU, bilik air, ruang solat, ruang makan, dewan aktiviti, ruang riadah, stor
dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan
secara terus menerus sekalipun sedikit”
(Hadis Riwayat : Al-Bukhari dan Muslim)
SUMBANGAN ATAS NAMA :
a)
PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA
MAYBANK ISLAMIC, No. Akaun : 5641 5555 1966
b)
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-FIKRAH MALAYSIA
BANK MUAMALAT, No. Akaun : 1207 0005 9727 13
BERKONGSI JARIAH BERSAMA KAMI …
SEBARANG BENTUK SUMBANGAN, PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT. SILA
HUBUNGI :
a)
TN. HJ. AZMI (Pengerusi) 016-335 5960
b)
TN. HJ. MOHIADIN (Timb. Pengerusi) 017-394 3216
c)
EN. RUSLAN (Setiausaha) 019-212 3757
d)
EN. MUHAMMAD SYAFIQ (Pen. Setiausaha) 017-378
6804
e)
PN. AIDAH (Bendahari) 013-251 1372
f)
EN. AZMAN (AJK) 019-977 7419
g)
EN. MOHD. ARIF (AJK) 019-620 3445
h)
PN. HJH. FAIZAH (Ketua Sukarelawan) 019-601 5504
Comments
Post a Comment