Laporan Bergambar : Pertandingan Bowling Amal "SAVE SYRIA, FREE GAZA"
27 Jan 2013, Ampang – Seramai 50 orang termasuk 32 orang peserta
telah menghadiri Pertandingan Bowling Amal “Save Syria, Free Gaza” yang
bertujuan mengumpul dana untuk Tabung Kemanusian Aqsa Syarif. Program ulung
kali yang dianjurkan oleh Kelab Pidato Perdana (KPP) ini disokong oleh Aqsa
Syarif, salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang terlibat
dalam bantuan kemanusian isu-isu Palestin dan sebagainya.
Majlis telah dirasmikan oleh
Encik Mohamad Azman Azmi, Timbalan Pengarah, Persatuan Penggiat Pidato (PPP).
Tepat jam 10.30 pagi balingan terbaik beliau dengan kejatuhan 9 pin menandakan
bermulanya pelancaran pertandingan amal ini. Riak wajah para sukarelawan dan
dermawan yang menyertai pertandingan ini ternyata semakin berkobar-kobar dan
bersemangat kerana dapat menjalinkan ukhwah antara mereka dan pasukan lawan
yang lain.
Di masa permainan yang pertama,
masing-masing ternyata mempamerkan perlawanan yang menarik sekali kerana semua
pemain mahukan jaringan yang terbaik. Tamat di masa pertama, para peserta
berhenti rehat seketika sambil menikmati jamuan ringan. Peluang ini digunakan
oleh mereka untuk mengatur strategi serta menerima suntikan semangat daripada
rakan-rakan yang lain.
Masa kedua bermula, menjadikan perlawanan lebih
bersemangat dengan persaingan yang semakin sengit di kalangan mereka. Pastinya
mereka bergembira kerana penglibatan di program amal ini di dalam suasana
santai penuh mesra. Saya percaya keadaan aman seperti ini tiada seperti apa
yang dialami saudara seagama kita di bumi Palestin!
Ruang untuk jualan amal juga
telah disediakan. Durian Creepe yang dijual oleh Cik Zaiha dan Cik Laily turut
mencuri perhatian pembeli di kalangan peserta dan bukan peserta. Saya
berpeluang menemubual Cik Zaiha mengatakan bahawa pihaknya akan mengeluarkan pelbagai
jenis perasa di masa akan datang. Berita baik kepada pengusaha makanan,
katering atau sesiapa sahaja yang berminat sebagai stokis bolehlah
menghubunginya selepas ini.
“Bau durian ada, rasa sedap dan mengenyangkan,” komen
seorang pembeli.
“Anak – anak saya sukakannya. Belum sempat disejukkan di
dalam peti ais pun mereka boleh makan begitu saja,” tambah seorang ibu yang
membawa anaknya semasa pertandingan.
Durian Creepe yang enak dimakan
ketika sejuk boleh didapati di dalam pek berharga RM5.00 dan RM10.00. Kepada
sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah hubungi Cik Zaiha di talian
012-375 8238 atau Cik Laily, 017-327 5896.
Keputusan permainan diumumkan
oleh pengacara majlis. Encik Mohamad Azman Azmi telah sudi menyampaikan hadiah
kemenangan kepada para peserta yang berjaya. Tempat pertama telah dimenangi
oleh kumpulan XT (1071 mata) yang dibarisi oleh Shamil, Ahmad
Firdaus, Amirul dan Muhammad Danial. Hadiah ditempat kedua menjadi milik kumpulan
BAKTI Iktisas (990 mata) diwakili oleh Abdul Malek, Nik Zayani, Ibrahim dan
Ehsanuddin. Seterusnya di tempat ketiga tidak mengecewakan Kumpulan HSS (980
mata) yang diwakili oleh Abdul Rahman, Rosazlina, Mohd. Bahtiar dan Syazwan. Hadiah
ditempat pertama hingga ketiga telah ditaja oleh Ash Crystal Marketing &
Trading. http://healthymineralsalt.blogspot.com/
Manakala saudara Ahmad Firdaus (375 mata) telah memenangi
Hadiah Peserta Terbaik keseluruhan yang ditaja oleh Palazio (M) Sdn. Bhd. http://www.palazioliving.com
Terima kasih kepada semua peserta
yang menyertai pertandingan bowling amal ini sambil menyumbang untuk Tabung
Palestin. Sebanyak RM800.00 telah berjaya dikutip sempena program amal ini.
Kutipan tersebut akan diserahkan kepada Aqsa Syarif Ampang Jaya dalam masa
terdekat.
Ribuan terima kasih kepada media, TV Alhijrah serta jutaan terima
kasih kepada para penaja hadiah "ASH CRYSTAL" dan "PALAZIO" serta semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung untuk menjayakan Pertandingan Bowling Amal “Save Syria, Free
Gaza”. Antaranya, Sis Lana & Super Friends, Voice Of Women, BAKTI Iktisas, Bro Rahman HSS, Kak Gie Group Sempoi dan lain-lain.
Pertandingan seperti ini akan diteruskan di masa akan datang. Pengumuman
tarikh dan sebagainya akan dimaklumkan di laman sesawang www.pidatoperdana.com KPP juga merancang
untuk melaksanakan pertandingan pidato isu-isu Palestin. Terbuka kepada
kategori pelajar sekolah rendah dan menengah, IPTA, IPTS, belia dan dewasa.
Laporan Disediakan Oleh :
IDRIS MOHAMAD
019-235 2954
Pengarah Program
Pertandingan Bowling Amal
“SAVE SYRIA, FREE
GAZA”
28 Januari 2013/ 9 Rabiul Awal 1434H
______________________________________________________________________
Penulis merupakan Sukarelawan Aqsa Syarif (Ampang
Jaya) dan
Pegawai Perhubungan Awam, Kelab Pidato Perdana.
KELAB PIDATO PERDANA (KPP) adalah kelab pengucapan awam dan bukan berasaskan keuntungan.
Lebih merupakan tanggungjawab kepada negara dalam penglibatan memberi kesedaran
kepada masyarakat betapa pentingnya pengucapan awam sebagai salah satu hak
asasi manusia untuk diri, keluarga, masyarakat mahupun negara.
AQSA SYARIF BERHAD
Ditubuhkan dan didaftarkan di
Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar
kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang
Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat,
Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh lapan
orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan
menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan
IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan
Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan
dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.
Sumbangan terus kepada AQSA
SYARIF BERHAD :
Maybank Islamic: 5515
7500 4299 (Tabung Palestin)
Bank Islam: 12 092 01
003490 4 (Tabung Palestin)
CIMB Islamic: 1216
0000452 10 1 (Tabung Pengurusan)
Comments
Post a Comment