SEMINAR PEMBANGUNAN KELUARGA 22 JUN 2013, 8.00 PG - 5.00 PTG @ UIAM, GOMBAK (FUNDRAISING PROGRAM)
ANDA DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI
UNTUK MENYERTAI PROGRAM AMAL INI,
BACA DAHULU INFORMASI MENGENAI :
PENGENALAN
Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.
RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
MATLAMAT
- Membantu remaja menghayati Islam sebagai cara hidup.
- Membantu remaja membina semula keyakinan diri
- Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manafaat kepada masyarakat.
VISI
- Menjadi satu institusi pilihan bagi pembangunan insan yang membawa imej sejahtera untuk masyarakat majmuk
MISI
- Merealisasikan tanggungjawab nahi mungkar ke arah membanteras gejala sosial melalui kesedaran, bimbingan, perlindungan dan pembinaan jatidiri remaja, keluarga dan masyarakat.
- Mendokong budaya kerja penyayang, efektif, proaktif dan efisien.
KHIDMAT & BIMBINGAN
- Bimbingan Rohani
- Fardhu Ain, Al-Qur’an, Hadith, Bimbingan Mukmin, Akhlak, Aqidah, Doa dan Sirah Nabi.
- Bimbingan Bina Diri
- Kaunseling Individu dan Kelompok, Motivasi dan Jati Diri.
- Riadah, Rekreasi dan Kesenian
- Senaman, Rehlah,Outdoor Games dan Nasyid.
- Kemahiran Diri
- Komputer, Masakan, Jahitan, dan Kraftangan.
AKTIVITI SAMPINGAN
- Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada remaja yang memerlukan.
- Program Outreach
- Mengadakan siri-siri ceramah sebagai usaha pencegahan.
- Menyebarkan risalah-risalah bimbingan kepada masyarakat.
SYARAT KEMASUKAN
- Remaja perempuan berumur antara 12-25 tahun.
- Beragama Islam dan warganegara Malaysia.
- Mangsa gejala sosial seperti: penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
- Bebas dari kes undang-undang dan penyakit kronik.
- Bersedia merubah diri dan menjalani bimbingan sekurang-kurangnya selama setahun di RS.
.
ANDA DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI
UNTUK MENYERTAI PROGRAM AMAL INI,
DAFTAR SEKARANG!
Raudhatus Sakinah dengan kerjasama
Al-Maghrib Institute, Telaga Biru,
Al-Maghrib Institute, Telaga Biru,
Felcra Training & Consultancy dan Yayasan Wiba Prima
akan menganjurkan sebuah
Seminar Pembangunan Keluarga untuk para belia dan ibu bapa
yang berhasrat mencapai objektif berikut:
1- Memperkukuh rasa kepedulian ibubapa terhadap pembangunan anak-anak.
2- Mengembalikan peranan dan tanggungjawab yang harus dimainkan oleh setiap ahli keluarga.
3- Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anak-anak (remaja dan belia) serta ibubapa terhadap bahaya gejala sosial.
4- Menjana dana untuk pembangunan RS dan unit pencegahannya.
5- Menyediakan peluang dan ruang perkongsian melalui pengalaman secara bersama.
6- Melahirkan remaja belia yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
TONTON "VIDEO PROMOSI" DI SINI :
Seminar ini dalam masa yang sama adalah sebagai usaha mengumpul dana bagi pengoperasian dan pembangunan
Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.
Dua program serentak akan berjalan iaitu Seminar Pembangunan Keluarga (untuk 18 tahun ke atas)
&
Eksplorasi Cinta Alam Remaja (untuk remaja sekolah menengah)
Pendaftaran Seminar Pembangunan Keluarga boleh dibuat di :
Pendaftaran Eksplorasi Cinta Alam Remaja boleh dibuat di :
Layari :
HUBUNGI KAMI DI:
Ibu Pejabat,
Lot 300.2, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-41073379
Fax: 03-41071754
Email: rsakinah@gmail.com
Comments
Post a Comment