INFO PENDERMAAN DARAH
Terdapat dua jenis pendermaan darah iaitu :
a) Pendermaan Darah
b) Aferesis (hanya platelet & plasma yang diambil daripada penderma)
Apakah kandungan di dalam darah?
Darah mengandungi beberapa komponen iaitu :
a) Sel darah merah
b) Sel darah putih
c) Platelet
d) Plasma
Sekirya anda mendermakan darah, kesemua yang terkandung dalam darah anda dermakan.
Apakah PENDERMAAN AFERESIS?
Aferesis adalah pendermaan salah satu daripada kandungan darah iaitu PLASMA atau PLATELET atau KEDUA-DUANYA SEKALI. Manakala sel darah merah akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma. Ia hanya boleh dilakukan dengan menggunakan mesin yang sangat mudah dan selesa penggunaannya. Pendermaan ini hanya dilakukan di Unit Tabung Darah SAHAJA.
Siapakah yang layak menderma cara Aferesis?
Kriteria penderma:
a) Seorang penderma tetap (kali terakhir menderma darah tidak lebih dari 6 bulan)
b) Berumur di antara 18 hingga 50 tahun
c) Berat badan melebihi 55 kilogram
d) Badan yang sihat
Bagaimana pendermaan Aferesis dilakukan?
a) Anda akan dijemput berbaring di kerusi sendeng besebelahan dengan mesin aferesis.
b) Jarum yang mengalirkan darah akan dicucuk di lengan anda dan akan disambungkan ke mesin melalui saluran pengalir darah.
c) Darah daripada badan akan masuk ke mesin di mana ia akan mengasingkan sel darah merah daripada plasma dan platelet.
d) Sel darah merah penderma akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menderma cara Aferesis?
a) 60 hingga 120 minit
Siapakah yang memerlukan komponen darah tersebut?
Plasma diperlukan oleh:
a) Pesakit yang mengalami pendarahan teruk
b) Pesakit buah pinggang
c) Pesakit yang menghidap penyakit hati
d) Mangsa melecur akibat terbakar
e) Pesakit haemophilia
Platelet diperlukan oleh:
a) Pesakit yang mengalami pendarahan teruk
b) Pesakit demam denggi berdarah
c) Pesakit leukaemia dan pesakit lain yang memerlukannya
Di manakah pendermaan aferesis boleh dilakukan?
a) Di Unit Tabung Darah hospital-hospital berdekatan yang mempunyai mesin aferesis
b) Di Unit Tabung Darah, Pusat Darah Negara. Layari www.pdn.gov.my untuk maklumat lanjut
Anda Mungkin Juga Meminati :
https://www.facebook.com/pages/Apa-Jenis-DARAH-Anda-/116329341733295
Untuk Berkongsi Pengalaman Menderma Darah.
Comments
Post a Comment