JOM BERKARIKATUR bersama DJ IDRIS dan BRO NAZA

Bro Naza dan Sdr. Azman Nordin (junior sekolahnya) Pensyarah Kolej KPJ Nilai
JOM BERKARIKATUR bersama
DJ IDRIS dan BRO NAZA

@ KPJ Tawakkal Speacialist Hospital
15 Mac 2014, Sabtu : 10.00 pg - 12.00 tgh


     Seawal jam 9.30 pagi para peminat dan penggemar 'Karikatur' kami dah tak sabar nak suruh kami melakarkan wajah mereka. Ada yang sanggup bayar kalau dapat dua lukisan dengan kadar seberapa segera. Kelab Sukan dan Rekreasi, KPJ Tawakkal  selaku penaja memberi kuota kepada kami, karikatur PERCUMA untuk 30 yang terawal sahaja. Maklumlah FREE, kang hospital dah tutup tak habis-habis lagi nak melukis hehe ...




     Seperti biasa kalau dua orang melukis memang cepat siap. Bro Naza bertambah semangat bila tengok aku juga terus melukis.

     Cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk solat Zohor. Aku ambil giliran solat di surau terlebih dahulu. Walaupun sasaran kami pada awalnya, akan tamat sebelum atau selepas Zohor sahaja. Tak terjangka dengan sambutan yang amat menggalakkan membawa hingga ke petang.



     Kaunter karikatur di lobi hospital terus dikerumuni orang ramai. Bukan apa, kami tak sanggup nak menghampakan permintaan yang berterusan daripada pesakit dan ahli keluarga yang menziarahi mereka.

     Sebelum ini, dua orang kawan baik aku dah menghiburkan para pesakit dan pelawat hospital dalam dua siri tema yang berlainan. Kini tiba masanya giliran aku dan Bro Naza menceriakan keadaan.



Makan tengahari. 

     Makanan yang ada Nasi Ayam Rasa Mas dan Ayam Percik (dari anak syarikat KPJ jugak kot) begitu menyelerakan. Tak sempat nak tangkap gambar sebab dah lapar sangat. Sori ....

Tak sampai hati ... 


"Dik, suami akak dah 2 bulan kat sini. Hari ini baru dia nak balik. Takkan tak de kenangan kami sekeluarga dengan kartun-kartun yang adik lukis ini?"

Kami berasa kasihan bila dengar kisahnya.

     Alhamdulillah, lukisan karikaturnya berjaya kami siapkan lewat petang. Kakak tersebut meminta pulang awal kerana ingin menghantar suaminya. Di situ aku berkenalan dengan anak lelaki sulungnya yang terlibat dengan industri yang sama seperti aku, Pengurusan Acara dan Walimah. Kami turut berbincang untuk saling bekerjasama di antara satu sama lain.

Sebelum ibunya beredar dan berkata,

"Terima kasih dik, akak akan buat tempahan untuk lukisan pegawai-pegawai polis yang akan bersara nanti." katanya yang baru aku sedar kakak tersebut seorang yang berjawatan besar di PULAPOL.


     Walaupun kaunter karikatur kami dah tutup sementara menyiapkan beberapa lagi baki lukisan yang tinggal. Di luar, hujan rahmat Illahi mencurah-curah membasahi bumi dengan lebatnya. Terdetik di hatiku, mudah-mudahan berkuranganlah jerebu pada hari ini.

Masuk waktu Asar. Kami bergilir ke surau dan sewaktu minum petang.




     Masuk Maghrib selepas berjemaah kami pulang ke rumah masing-masing dengan seribu kenangan manis di sini. Setelah puas melihat macam-macam gelagat manusia pelbagai gaya.

Hujan masih turun renyai-renyai sepanjang perjalanan.

Soalan saya, agak-agak berapa banyak lukisan karikatur yang berjaya dihasilkan?


     Buku karikatur Bro Naza masih dalam proses persiapan. Doa-doakan semoga hasil seni kami berjaya dan menjadi kenyataan!

  Tak sangkakan, karikatur mampu buat orang lain ceria. Walaupun mungkin ada luka di dalam hati kita, Allah SWT saja yang tahu. Hidup biar ikhlas, semuanya kerana-DIA dan aku tak akan berpatah balik untuk menggapai cita-cita aku menjadi seorang Usahawan sepenuh masa kerana itu jalan yang aku pilih sendiri. 

     Hidup memang perlu banyak pengorbanan dan cabaran kerana tanpa rintangan bukanlah erti sebuah kehidupan yang sebenar-benarnya.

   Akhirkata, kami bersedia menerima tempahan atau jemputan ke tempat ANDA. Jom Berkarikatur bersama DJ Idris dan Bro Naza. 

Sempoi .... 
seorang AKU.
www.facebook.com/Idris.DJ
www.facebook.com/SejutaPendermaOrgan
www.dermaorgan.gov.my
HP : 0166401075
Penulis/ Blogger juga merupakan Aktivis "Kempen Derma Organ" bersama Jawatankuasa Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan, Pusat Sumber Transplan Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA

PENGUCAPAN AWAM UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & LEPASAN SPM

26 MAC : FORUM KEUSAHAWANAN MALAYSIA (FOKEM) 2015 @ MENARA MATRADE, KL