PROMOSI DAN KEMPEN DERMA ORGAN @ SEPETANG BERSAMA BLOGGER MALAYSIA & ASIA TENGGARA 2014
TARIKH : 8 MAC 2014 (SABTU)
MASA : 2.00 PTG ~ 5.00 PTG
LOKASI : SALOMA BISTRO, JLN. AMPANG, KL.
PENAJA UTAMA : YEO'S
PENDERMAAN
ORGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan
baru di Malaysia. Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970
lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam
mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa
pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya
harus.
Orang Islam masih beranggapan bahawa individu yang menderma organ seolah-olah akan
tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namun sebenarnya Islam tidak
melarang akan proses pendermaan organ ini
kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan satu lagi bentuk kebajikan.
Dari
sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan
syarat-syarat seperti berikut:
• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan
nyawa pesakit.
• Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar
kepada penderma dan penerima organ.
• Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan
ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.
• Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan
penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
Fatwa-fatwa
di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ
• 1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan
pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia.
• 1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan
pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup.
• 1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima
diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian.
• 1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan
penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit.
• 1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan
pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal
dunia.
Pendermaan
Organ Sebagai Sedekah Jariah
Menurut ulama
terkenal, Syeikh Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ terangkum di bawah
satu daripada tiga amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas
seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatan menderma organ
sebagai sedekah jariah. Beliau juga berhujah mengenai keharusan pendermaan
organ dengan mengatakan bahawa daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas
kematian, adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itu didermakan bagi
tujuan menyelamatkan nyawa orang lain.
Majlis
Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang
mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:
* Pemindahan organ boleh dilakukan selepas
tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya
tidak berfungsi.
* Penderma atau pengikrar organ sudah
disahkan meninggal dunia.
* Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga
si mati.
* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli
bagi organ itu.
Keputusan
Lujnah Fatwa (Jawatankuasa Syariah)
1. Pemindahan atau pendermaan organ adalah
haram dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan
darurat.
2. Orang yang mati otak adalah dihukumkan
mati.
Pemindahan
organ ada dua keadaan iaitu:
i) Keadaan penderma masih hidup
* Menjalankan kajian perubatan dengan cara
terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini,
kejayaan dan kegagalan pemindahan.
* Dengan reda penderma, tanpa paksaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya
pada kebiasaannya.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi
menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan
nasab dan keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan
dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan
khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang
tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab
mengaut keuntungan.
* Kebenaran bertulis daripada penderma dan
penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.
ii)
Keadaan penderma yang telah mati
* Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan
cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini,
kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.
* Dengan reda penderma, melalui wasiat
ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya
pada kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.
* Dilakukan pemindahan itu dengan penuh
disiplin ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati
mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi
menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan
nasab dan keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan
dagangan dan jual beli, hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi
mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga
kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.
Mati Otak
* Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan
cara professional tentang berlakunya mati otak.
* Digalakkan mendapat persetujuan dari
keluarga terdekat dari suami, anak, ibu dan bapa.
* Perakuan tentang berlakunya mati otak
hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor profesional (doktor
Islam diutamakan).
* Sekiranya dengan kecanggihan rawatan
perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat, maka suasana ini gugur.
Saya IDRIS MOHAMAD, Sudah Pun Mendaftar. ANDA Bagaimana?
Jom Bersama Merealisasikan Hasrat www.facebook.com/SejutaPendermaOrgan
Jom Bersama Merealisasikan Hasrat www.facebook.com/SejutaPendermaOrgan
Tiada Penderma Organ, Tiada Orang Akan Dapat MANFAAT Daripadanya ...
1 Ikrar, Sejuta Harapan.
1 Ikrar, Sejuta Harapan.
Comments
Post a Comment