PROJEK 15 MINIT - HARI TANPA LAPAR : RAMADAN 1435H
Salam Aidilfitri ... Tentu anda masih ingat kepada Cik Zarith, seorang jurutera dan salah seorang peserta akhir Sejuta Impian TV3 (Episod Pertama). "HARI TANPA LAHAR" (HTL) turut dipilih oleh para juri rancangan tersebut dan menerima tajaan daripada Dana Belia 1Malaysia (1MDB) dengan kerjasama Telekom Malaysia berjaya merealisasikan hasrat Cik Zarith untuk membantu kepada mereka yang memerlukan dalam program anjurannya. Alhamdulillah, baru-baru ini sempena Ramadan 1435 H, penganjur "HARI TANPA LAPAR" telah mengadakan program "Projek 15 Minit ~ Hari Tanpa Lapar di persekitaran UTC Puduraya, Kuala Lumpur untuk memberikan sumbangan makanan dan minuman berbuka puasa secara PERCUMA. Sasaran "Projek 15 Minit ~ Hari Tanpa Lapar" bukan hanya bertumpu kepada golongan gelandangan sahaja malah terbuka kepada semua di kawasan persekitaran tersebut. Pengawal keselamatan, pemandu bas, pemandu teksi, pejalan kaki, penumpang bas, ulat tiket da...