PROJEK 15 MINIT - HARI TANPA LAPAR : RAMADAN 1435H


Salam Aidilfitri ...


Tentu anda masih ingat kepada Cik Zarith, seorang jurutera dan salah seorang peserta akhir Sejuta Impian TV3 (Episod Pertama). "HARI TANPA LAHAR" (HTL) turut dipilih oleh para juri rancangan tersebut dan menerima tajaan daripada Dana Belia 1Malaysia (1MDB) dengan kerjasama Telekom Malaysia berjaya merealisasikan hasrat Cik Zarith untuk membantu kepada mereka yang memerlukan dalam program anjurannya.


Alhamdulillah, baru-baru ini sempena Ramadan 1435 H, penganjur "HARI TANPA LAPAR" telah mengadakan program "Projek 15 Minit ~ Hari Tanpa Lapar di persekitaran UTC Puduraya, Kuala Lumpur untuk memberikan sumbangan makanan dan minuman berbuka puasa secara PERCUMA.

Sasaran "Projek 15 Minit ~ Hari Tanpa Lapar" bukan hanya bertumpu kepada golongan gelandangan sahaja malah terbuka kepada semua  di kawasan persekitaran tersebut. Pengawal keselamatan, pemandu bas, pemandu teksi, pejalan kaki, penumpang bas, ulat tiket dan sesiapa sahaja yang berkesempatan untuk mendapatkannya. Ada juga kami letakkan di dalam raga penunggang motosikal ketika lampu isyarat merah!

SUMBANGAN AIR MINUMAN OLEH MASGENUINE i BERHAD 


ANTARA SUKARELAWAN HTL YANG TURUT MEMBANTU

Selepas solat Asar, sukarelawan berkumpul di pusat pengagihan di Medan Selera, UTC. Terima kasih kepada sukarelawan HTL yang sudi menghulurkan bantuan sumbangan untuk menjayakan program amal ini. Syarikat Pemaju Hartanah Rizab Melayu, Masgenuine i Berhad, turut menghulurkan bantuan berupa tajaan air minuman.

PENGAGIHAN MAKANAN DAN MINUMAN BERBUKA PUASA PERCUMA
DI HADAPAN UTC PUDURAYA

Sukarelawan Diperlukan Untuk Program Akan Datang.
Hubungi : Cik Zarith, 010- 516 9894
Pengasas ~ HARI TANPA LAPAR (HTL)





Insya'Allah, saya turut mendoakan agar pogram-program di masa akan datang anjuran "HARI TANPA LAPAR" akan berjalan dengan lancar.

Salam Hormat dan jumpa lagi ...

Kuala Lumpur

Comments

Popular posts from this blog

PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA

PENGUCAPAN AWAM UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & LEPASAN SPM

26 MAC : FORUM KEUSAHAWANAN MALAYSIA (FOKEM) 2015 @ MENARA MATRADE, KL