PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan untuk menerima jemputan Tn. Haji Azmi, Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H. Majlis didahului dengan doa selamat, ucapan aluan-aluan daripada Pengerusi serta ucapan istimewa daripada YB. Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat yang turut menyerikan majlis. YB. DR. CHE ROSLI CHE MAT, Ahli Parlimen Hulu Langat sedang menyampaikan ucapan Kelihatan beberapa para pelajar dari Kolej Ugama Islam Selangor (KUIS), para sukarelawan PESUHA, individu, masyarakat setempat, tetamu jemputan dan para dermawan memenuhi persekitaran majlis. Dianggarkan berjumlah lebih 1000 orang hadir dalam majlis tersebut yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Seusai solat fardu Zohor, kami sekeluarga meneruskan menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Jualan amal pakaian terpak...
Comments
Post a Comment