DAYA EUSAHAWAN 2016 BERSAMA MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setahun tak menulis di blog adalah satu kerugian besar bagi diri saya sendiri! Kita semua pasti akui akan hal ini. Tetapi tak bermakna perniagaan yang kita laksanakan akan sepi dan terkubur kerana masih ada lagi media sosial yang lain untuk kita terus mempromosikan perniagaan kita.

Instagram dan Facebook contohnya, mampu menarik jutaan pengguna di Malaysia mempromosikan perniagaan dan iklan tanpa sempadan. Malah kita boleh memulakan perniagaan walaupun tanpa MODAL. Tak PERCAYA? Tetapi itulah realiti ... affiliate dan dropship adalah antaranya.



Jatuh bangun di dalam dunia perniagaan adalah perkara biasa bagi orang lama seperti kami. Program keusahawanan seperti ini seolah-olah memberikan peluang kedua kepada kami. Bagi orang baru yang mula melangkahkan kaki ke alam keusahawanan ini ... setinggi TAHNIAH untuk anda kerana telah memilih langkah yang POSITIF. Para pelajar dan warga pengajar TVET tidak kurang hebatnya!


Insya'Allah ianya juga merupakan usaha-usaha ke arah peningkatkan taraf hidup anda untuk menjadi bakal JUTAWAN. Kehidupan anda menjadi lebih SELESA serta berpeluang untuk membantu keluarga, masyarakat dan orang lain.

Fizo Omar selaku Penceramah dan Hos 
turut berkongsi tips-tips perniagaan








Pastinya dua hari berkampung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 8 dan 9 November 2016 yang lalu, meninggalkan banyak kenangan manis yang sukar untuk dilupakan. Daya eUsahwan anjuran MDEC dengan tema #MengejarImpian  umpama peluang kedua untuk kami yang pernah jatuh bangun dalam perniagaan untuk bangkit kembali dan terus mara ke hadapan. 

Nak tahu, apa tahu apa itu eUsahawan? 
KLIK JER ...
KLIK JER ...
KLIK JER ...

Semangat dan aura sesama peserta sambil menjalinkan ukhuwah sesama mereka terpancar. Itulah kekuatan berjemaah dalam perniagaan. Alhamdulillah, banyak perkongsian dan percambahan ilmu sempena Konvensyen Daya eUsahawan anjuran MDEC #mengejarimpian yang kami bawa pulang. Tindakan memang perlu disegerakan :-)
























Video sempena Daya eUsahawan 2016
KLIK DI SINI

Terima kasih kepada MDEC dan para penaja. Terima kasih semua.
Daya eUsahawan 2016 #mengejarimpian terbaikkk ...





#mdec
#mengejarimpian
#eusahawan
Salam hormat,






Comments

Popular posts from this blog

PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA

PENGUCAPAN AWAM UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & LEPASAN SPM

26 MAC : FORUM KEUSAHAWANAN MALAYSIA (FOKEM) 2015 @ MENARA MATRADE, KL