Siaran Media : Album Istimewa "RIA AIDILFITRI" NORANIZA IDRIS
Siaran Media : Album Istimewa "RIA AIDILFITRI"
Sempena Kempen Promotour Amal Ria Aidilfitri 2017
Bermula 30 Jun ~ 24 Julai 2017
Sepamjang Syawal 1438 H
Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. 841132-U (NIPVSB) kini telah menerbitkan album hari raya istimewa berjudul "Ria Aidilfitri". Album ini telah mula dilancarkan menyeluruh secara digital bermula 20 Jun 2016 yang lalu dan bakal dilancarkan secara rasmi buat pertama kalinya pada 15 Jun 2017, Khamis, bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Seiring dengan pelancaran ini, cakera padat terhad turut dijual untuk mengisi tabung amal.
![]() |
Putrajaya International Convention Centre (PICC) |
Bersempena dengan sambutan bulan Syawal tahun ini, "Ria Aidilfitri sekali lagi menjadi bingkisan istimewa buat semua peminat yang menggabungkan Noraniza Idris bersama artis-artis baharu yang sedang membina nama masing-masing dalam industri muzik Malaysia.
"Ria Aidilfitri" menghimpunkan lagu-lagu terbitan NIPVSB dan nyanyian Noraniza Idris secara eksklusif bersama artis-artis seperti, Ihab Ismail, Fee Haiqal, Fadzlee Sufri dan Azmir Arif dengan lirik ditulis oleh penulis lirik kreatif, Ahmad Fedtri Yahya yang juga artis di bawah naungan NIPVSB.
![]() |
Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd.Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd.Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. |
Album ini mengandungi 12 keratan lagu-lagu ciptaan baharu dan lama yang menerusi susunan muzik dan nyanyian artis terlibat. Terdapat 8 buah lagu baharu dan 4 buah lagu yang diberi nafas baharu.
Lagu - lagu mengikut keratan cakera padat
adalah seperti berikut :
1. Akar
Kita Zapin Aidilfitri 4.22
(Ihab
Ismail, Fee Haiqal, Noraniza Idris, L’zzay)
2. Rewang
Raya 3.17
(Noraniza Idris & Mimi Fly)
3. Kalimah
Lebaran 4.49
4. Kasih
Ibu / Seri Mersing
5. Linangan
Syawal 3.21
(Noraniza Idris, Fadzlee Sufri)
6. Nostalgia
Aidilfitri 5.49
(Noraniza Idris, Royce Sa’ayan, Ihab Ismail , Azmir Arif)
7. Niatku
4.00
(Fee
Haiqal, Ihab Ismail, Dalili Amerda)
8. Aidilfitri
Jadi Saksi 2.50
(L’zzay,
Fee HAiqal)
9. Ahlan
Wasahlan Ya Syawal 4.32
(Royce
Sa’ayan, Noraniza Idris, Ihab Ismail)
10. Titian
Hidup 4.39
(Ihab
Ismail)
11. Angin
Cinta Di Aidilfitri 3.51
Noraniza Idris, Ihab Ismail, Royce Sa’ayan, Azmir Arif)
12. Ria
Aidilfitri 4.43
(Semua
artis & NIPVMania)
Lebih istimewa, album ini turut dimeriahkan
dengan pengisian sketsa pendek dan ucapan khas artis-artis terlibat yang
membawa pesanan dengan tema yang disesuaikan mengikut setiap lagu yang
turut dilakonkan secara santai oleh artis-artis yang terlibat.
Album "RIA AIDILFITRI” ini menjadi pengerat
silaturahim bagi mendekatkan artis dengan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Mesej kesedaran ini kami pupuk dalam penyampaian mesej kemasyarakatan yang
dimuatkan dalam lagu-lagu nyanyian menerusi album ini.
Faktor penerimaan menerusi jualan cakera padat
sekarang tidak perlu dibimbangkan lagi kerana banyak kemudahan untuk
mendapatkan album “Ria Aidilfitri” ini. Tempahan Album Ria Aidilfitri edisi
terhad berharga RM20.00 senaskah boleh dibuat dengan hubungi nombor (whatsapp)
hotline NIPVSB +6016 2918066 / +6010 3935606.
Album “Ria Aidilfitri” ini dianggap sebagai
album yang sangat istimewa kerana peminat bukan hanya dapat mendengar lagu-lagu
baharu sahaja malah dapat menyimpan koleksi lagu-lagu lama Hari Raya sebelum ini dalam sebuah album.
Menerusi
penerbitan album ini juga semua artis terlibat bersetuju untuk mengambil
bahagian dalam projek album ini yang bertujuan berhibur sambil beramal untuk sedekahkan
sebahagian royalti jualan senaskah cakera padat album ini kepada salah seorang ahli
kumpulan promosi NIPVMania, Hazirah Yusof, yang kini menghadapi dugaan
kerosakan saraf mata menyebabkan buta seumur hidup. Semoga usaha artis-artis
yang terlibat dalam album “Ria Aidilfitri” ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
Sempena Syawal 1438H, Kempen Amal Ria
Aidilfitri turut dibuka. Kempen ini akan mula menerima tempahan persembahan jelajah
Rumah Terbuka Hari Raya bermula 30 Jun hingga 24 Julai 2017. Bagi mereka yang
mengambil pakej persembahan yang disediakan, kami akan hadiahkan persembahan
selama 1 jam di setiap lokasi dan beramah mesra sambil menyanyikan lagu-lagu
yang dipetik dari album Ria Aidilfitri. Sebanyak 50 unit cakera padat akan
diagihkan mengikut pakej minima bertujuan untuk berhibur sambil beramal dengan
menderma menerusi jualan cakera padat Ria Aidilfitri ini. Kempen ini turut
melibatkan artis-artis Ria Aidilfitri . Semoga “Ria Aidilfitri” ini dapat
menghiburkan dan memberi kemanfaatan kepada peminat setia yang ingin bersedekah
sambil berhibur.
Sebarang tempahan persembahan Ria Aidilfitri
dan pertanyaan lanjut boleh hubungi pengurusan kami di +60103935606 /
0176018380 (Yus Sulaiman)
KEMPEN AMAL“RIA AIDILFITR” DALAM PROGRAM AMAL
‘OLE OLE RAYA’ TERBITAN RTM
15 JUN 2017, KHAMIS , 0900 - 2100
Sempena pelancaran album "Ria Aidilfitri" ,
NIPVSB telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama membantu menyelaraskan
aktiviti amal bersama masyarakat yang kurang bernasib baik.
![]() |
RADIO TELEVISYEN MALAYSIARADIO TELEVISYEN MALAYSIA RADIO TELEVISYEN MALAYSIA |
Aktiviti ini akan dirakamkan bersama kru RTM bermula 15 hingga 16 Jun selama dua hari di beberapa lokasi dengan penglibatan penaja yang turut membantu menyumbangkan barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya pada tahun ini di samping duit Raya kepada 40 orang anak-anak orang susah yang terpilih dari SK Shah Alam dan SK seksyen 19 Shah Alam.
![]() |
Petting Zoo @ Seri Kembangan |
Bermula 15 Jun, aktiviti akan berada di
Petting Zoo Seri Kembangan seawal jam 9.30 pagi. Aktiviti mencuci kandang dan teknik
mendekati haiwan mewujudkan rasa kasih sayang sesama makhluk diterapkan sebagai
pendekatan modal insan kepada 30 peserta yang terdiri daripada artis dan media
yang mengambil bahagian.
![]() |
Lawatan ke Kilang Roti GARDENIA @ Shah Alam |
Mengambil masa selama satu jam, perjalanan diteruskan ke kilang roti terkemuka Gardenia yang terletak di Shah Alam. Pertemuan kami yang terdiri artis, media dan kru RTM dengan pelajar asnaf bermula di sini. Menerusi lawatan singkat, penaja berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan duit raya kepada pelajar asnaf.
![]() |
Produk Wan |
Sampai masanya kami bergerak ke HSB Wan Trading yang terletak di Taman Medan Petaling Jaya Kuala Lumpur. Di sini, pelajar-pelajar Asnaf berpeluang menyaksikan proses membekalkan produk tempatan seperti melipat kotak sebelum proses selanjutnya.
![]() |
Bangi Gateway : Pusat Perniagaan Terkini Yang Berkembang Maju Di Bangi |
Pelajar-pelajar ini diberi pendedahan mengenai kepentingan ilmu perniagaan oleh penyelia. HSB Wan Trading juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada ibu-ibu tunggal serta anak-anak orang susah yang telah tamat pengajian. Tanggung jawab sosial ini secara tidak langsung dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan ini untuk menyara kehidupan. Setelah berehat sebentar dan solat, perjalanan kami diteruskan ke Bangi Gateway Bandar Baru Bangi Selangor.
![]() |
D'Khair Collection : Macam2 Ada ... |
Kali ini, kami akan membawa artis, media dan
anak-anak asnaf serta kru ke toko menjual baju melayu dan jubah D’Khair
Collection. Artis diberi tugas bekerjasama dalam 7 kumpulan bersama anak-anak
asnaf. Ketibaan kami di toko di sambut baik oleh Encik Khair. Kami diberi
kebebasan memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak asnaf dari songkok, baju
melayu sepasang hingga lah sampin raya. Bagi anak asnaf perempuan pula, disediakan
baju jubah.
![]() |
AURA by NORANIZA IDRISAURA by NORANIZA IDRISAURA by NORANIZA IDRIS |
Memandangkan D’khair Collection tidak menjual tudung wanita,
anak-anak asnaf ini turut dibawa ke butik AURA by Noraniza Idris yang terletak
tidak jauh dari beberapa lot dari deretan kedai-kedai pakaian di situ. AURA by
Noraniza Idris turut berbesar hati menaja kain-kain tudung eksklusif kepada
anak-anak asnaf ini. Anak-anak ini bebas diberi pilihan kain-kain tudung sesuai
dengan pakaian yang dibekalkan. Selepas penyerahan rasmi dibuat oleh pemilik-pemilik
toko tersebut, perjalanan kami sampai ke akhir destinasi pada hari tersebut
iaitu ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang terletak
kira-kira 40 minit perjalanan bas.
![]() |
AURA by NORANIZA IDRISAURA by NORANIZA IDRISAURA by NORANIZA IDRIS |
Di PICC, anak-anak asnaf ini ditempatkan di
meja khas berselang seli bersama artis-artis terlibat. Hari ini, mereka akan
berbuka puasa menerusi sumbangan ikhlas PICC yang menaja 200 jamuan tetamu kami
. Majlis iftar kalini turut mengundang semua penaja terlibat, media cetak dan
elektronik, blogger, tetamu VVIP untuk berbuka puasa bersama anak-anak asnaf
ini.
Pengisian majlis tersebut diserikan dengan
majlis pelancaran album Ria Aidilfitri di samping memperkenalkan
program-program khas Hari Raya terbitan RTM sepanjang syawal. Majlis iftar amal
Ole Ole Raya dan Pelancaran Album Ria Aidilfitri ini turut diserikan oleh dua
pengacara popular iaitu DJ Sonic dan Ahmad Fedtri Yahya.
Seramai lebih 20 artis diundang ke majlis ini
terdiri dari Noraniza Idris, Mimi Fly ONE, Ihab Ismail, Fee Haiqal, L’zzay,
Royce Sa’ayan, Razis Ismail, Azmir Arif, Forteen, Hez Hazmi. Elena Haris, Chef
Naem, Fadzlee Sufri dan ramai lagi.
Setiap tahun PICC akan meraikan golongan
kurang bernasib baik. Beruntungnya Majlis iftar kali ini , PICC telah berbesar
hati menaja jamuan kami. Manakala pengisian pentas pula mengisi majlis pelancaran
dengan nyanyian lagu-lagu Hari Raya dari album Ria Aidilfitri yang diserikan
dengan kehadiran artis budaya. Majlis pelancaran ini turut ditaja oleh HSB Wan
Trading yang telah memberikan sumbangan membiayai aktiviti lawatan kami
sepanjang sehari ini.
Pada majlis ini, sekali lagi anak-anak asnaf
diberikan sumbangan duit raya dan barangan untuk menceriakan lagi suasana hari
raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
LAWATAN PUSAT JAGAAN ORANG TUA MENJADI PILIHAN
KEMPEN AMAL RIA AIDILFITRI SEMPENA PENGGAMBARAN OLE OLE RAYA
16 JUN 2017, JUMAAT, 1300 – 2359
Hari kedua penggambaran akan membawa artis,
media dan kru ke Pusat Jagaan Mahmudah Semenyih. Selepas solat Jumaat, kami bertemu
di Pusat Jagaan Mahmudah yang tidak jauh dari masjid. Kami dibekalkan dengan barangan
sumbangan yang disediakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Adun Semenyih untuk
diagihkan kepada penghuni yang terlantar. Program lawatan ini turut akan
bersama Adun Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz.
YB. Datuk Hj, Johan Abdul Aziz |
![]() |
Pusat Jagaan Mahmudah Semenyih |
![]() |
Pusat Jagaan Nur Hasanah |
Setelah menghabiskan masa selama 30 minit di
sini, kami mulakan perjalanan ke Pusat Jagaan Hasanah yang terletak kira-kira
10 minit masa perjalanan. Di sini, artis bersuai kenal dengan penghuni-penghuni
dan diberi tugasan menjadi anak angkat kepada orang-orang tua di sini. Bermula
lah aktiviti bersama mereka dirakamkan satu persatu mengikut kumpulan. Aktiviti
terdiri daripada membersih kuku, menyikat rambut, memakaikan pakaian yang baik,
bergotong royong mengemas bilik, membuat aktiviti senaman fisioterapi dan
mengemas setor.
Di bahagian luar, penghuni dibawa membantu
membuat persiapan memasang pelita buluh di halaman, memasang lampu kelip-kelip,
ada yang memotong bawang, membakar lemang, mengacau dodol, memasukkan kuih-kuih
ke dalam balang dan membuat persiapan berbuka puasa.
Sampai masa berbuka, hidangan disiapkan dengan
memasang kain alas untuk jamuan ala kampong sambil duduk bersila. Selesai
berbuka, sampai masa solat berjemaah.
Sementara menunggu terawih, persiapan untuk
rakaman program Hari Raya turut diadakan di sebelah malam. Permainan kompang
dan salawat nabi oleh anak-anak muda dari kampong Sesapan Kelubi turut
menyerikan suasana. Anak-anak kecil bermain bunga api sambil ibu-ibu menyusun
kuih –kuih raya di dalam piring untuk menyerikan suasana rakaman program Hari
Raya yang akan diadakan bermula selesai terawih jam 10.00 malam.
Penduduk Kampung Sesapan Kelubi turut popular
dengan darma bersiri Opah satu ketika dahulu. Suasana malam tersebut, turut
diraikan dengan kehadiran dari pelbagai lapisan masyarakat dari kampong bersebelahan.
Sesi rakaman persembahan diadakan selama 2 jam. Persembahan diserikan dengan
lagu-lagu Hari Raya oleh artis-artis Noraniza Idris, Ihab Ismail, Royce
Sa’ayan, Fee HAiqal, Fadzlee Sufri dan ramai lagi.
Penyerahan sumbangan kepada orang-orang susah
di mukim tersebut turut dirakamkan seiring dengan matlamat di samping penduduk
kampong diserikan dengan keletah artis dan penghuni membuat persediaan
menyambut Hari Raya.
Program ini akan dimuatkan di program Selamat
Pagi Malaysia pada 24 Jun 2017,jam 7.00 hingga 9.00 pagi. Selain itu, turut
disiarkan di Jurnal BES Khas Raya pada 28 Jun 2017, jam 10.30 malam di TV1,
RTM. Selamat Pagi Malaysia Khas Raya dijangka turut memuatkan slot-slot rakaman
ini pada Hari Raya Ketiga seawall jam 7.00 hingga 9.00 pagi.
Jangan lupa tonton Ole Ole Raya bersama kami.
Eksklusif dari RTM untuk penonton setia.
![]() |
Noraniza Idris : Permata Saadah DJ RIZZ : Professional DJ, Emcee, Public Speaking Trainer, Voice Actor, Blogger & Activist |
Comments
Post a Comment