Posts

Showing posts from January, 2013

Laporan Bergambar : Pertandingan Bowling Amal "SAVE SYRIA, FREE GAZA"

Image
27 Jan 2013, Ampang – Seramai 50 orang termasuk 32 orang peserta telah menghadiri Pertandingan Bowling Amal “Save Syria, Free Gaza” yang bertujuan mengumpul dana untuk Tabung Kemanusian Aqsa Syarif. Program ulung kali yang dianjurkan oleh Kelab Pidato Perdana (KPP) ini disokong oleh Aqsa Syarif, salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang terlibat dalam bantuan kemanusian isu-isu Palestin dan sebagainya.  Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Azman Azmi, Timbalan Pengarah, Persatuan Penggiat Pidato (PPP). Tepat jam 10.30 pagi balingan terbaik beliau dengan kejatuhan 9 pin menandakan bermulanya pelancaran pertandingan amal ini. Riak wajah para sukarelawan dan dermawan yang menyertai pertandingan ini ternyata semakin berkobar-kobar dan bersemangat kerana dapat menjalinkan ukhwah antara mereka dan pasukan lawan yang lain. Di masa permainan yang pertama, masing-masing ternyata mempamerkan perlawanan yang menarik sekali kerana semua