Posts

Showing posts from December, 2017

Siaran Media : 'BATEQ JUNGLE HUT' Tarikan terbaru di Kuala Tahan, Taman Negara Pahang

Image
SIARAN MEDIA ‘BATEQ JUNGLE HUT’ tarikan terbaru di Kuala Tahan, Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Oleh Idris Mohamad Gambar Comarl Hassan 29 Nov. – Kuala Tahan : P erlaksanaan sebuah kawasan tumpuan pelancongan sama ada domestik atau luar negara dikenali dengan nama ‘Bateq Jungle Hut’ diwujudkan bersempena dengan Program Bersama Komuniti Eko Pelancongan (CBET) anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang (MOTAC Pahang), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), PERHILITAN Pahang dengan kerjasama Kelab Pencinta Burung Taman Negara / BirdGroup Taman Negara (BGTN). BGTN salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi sejak 4 tahun lalu di Kuala Tahan turut menengahkan isu pemeliharaan alam sekitar. Hasil perbincangan penganjur dengan beberapa komuniti hanya kaum asli suku Bateq yang berani menyahut cabaran.  Justeru mereka berhasrat agar dapat menyediakan suatu pakej eko pelancongan semulajadi di