Posts

Showing posts from August, 2013

SURAT TERBUKA BUAT PRESIDEN BARRACK OBAMA

Image
BENARKAH DEMOKRASI UNTUK SEMUA? Presiden Barack Obama, Semoga Tuan dan pentadbiran Tuan tahu bahawa seluruh warga dunia yang mencintai keamanan, khasnya orang Islam, adalah dalam kejutan serta sangat marah akan ‘ massacre’ atau pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Dataran Raba’ah dan Nahda di Mesir.            Sumber Ikhwan Muslimin mutakhir meletakkan lebih 2,000 terbunuh dengan lebih 10,000 yang cedera secara serius termasuk orang awam, wartawan dan jurugambar. Pendirian Tuan yang tidak keruan mengenai penyingkiran Presiden Morsi sebelum ini dan kegagalan yang disengajakan untuk tidak mengutuknya sebagai ‘rampasan kuasa tentera’ sangat dikesali dan amat membingungkan dunia. Tanpa menidakkan usaha pentadbiran Tuan yang ditanggapi sebagai tindakan tertekan tetapi terlambat mutakhir ini, khasnya percubaan John Kerry dan Senator John McCain, bagi menjayakan perdamaian, namun, langkah lebih awal yang tegas mengutuk rampasan kuasa tentunya ma

KONVENSYEN USAHAWAN MUSLIM : SEMARAKKAN JIHAD EKONOMI MUAMALAT MUSLIM

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,      Berita terbaru di hari-hari terakhir Ramadhan 1434H, seorang sahabat saya telah menceburkan diri sebagai usahawan sepenuh masa. Sesuatu yang sudah diduga lebih awal kerana setelah lama bersahabat dengannya dan melihat kecenderungannya ke arah itu. Ternyata pada dirinya, adalah satu pilihan yang tepat. Usahawan muslim harus cekal, tabah dan istiqamah kerana mereka bukan sahaja membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat . Malah penglibatan mereka di dalam bidang keusahawanan mampu memartabatkan ekonomi ummah ke tahap yang lebih baik dan mampu berdaya saing dengan bangsa lain. Kekuatan dari segi mental dan fizikal serta semangat jatidiri yang tinggi perlu ada pada setiap orang usahawan  yang ingin berjaya dan mencapai visi kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah SWT. berfirman yang bermaksud : Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menj