Posts

Showing posts from November, 2013

ROSE2ROSE CHARITY DINNER KEMBALI LAGI …

Image
KENANGAN R2RCD 2012 DI TM CONVENTION CENTRE, KL Kejayaan mendapatkan sumbangan sebanyak RM 500,000.00 melalui penganjuran ROSE2ROSE CHARITY DINNER 2012 di TM Convention Centre, Kuala Lumpur pada tahun lepas dapat memanfaatkan pelbagai aktiviti wanita di Palestin. Kini, sayap wanita Aqsa Syarif, Rose2Rose (R2R) akan menganjurkan lagi Makan Malam Amal (Charity Dinner) pada 7 Disember 2013 di di Grand Ballroom, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur akan datang. Dimaklumkan, pasukan sukrelawan R2R sedang bertungkus lumus untuk menjayakan makan malam amal tersebut menjadi realiti dan mensasarkan ada peningkatan sumbangan pada tahun ini. Dr. Fauziah bt. Mohd Hassan,   seorang pakar sakit puan merangkap Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif berkata, R2R adalah khusus untuk wanita dan kanak-kanak di Palestin dan telah dimulakan pada tahun 2011. Sejak dari itu, sumbangan sebanyak RM1.6 juta telah disumbangkan. Pada tahun 2012, R2R telah berjaya