Posts

Showing posts from November, 2016

DAYA EUSAHAWAN 2016 BERSAMA MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC)

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Setahun tak menulis di blog adalah satu kerugian besar bagi diri saya sendiri! Kita semua pasti akui akan hal ini. Tetapi tak bermakna perniagaan yang kita laksanakan akan sepi dan terkubur kerana masih ada lagi media sosial yang lain untuk kita terus mempromosikan perniagaan kita. Instagram dan Facebook contohnya, mampu menarik jutaan pengguna di Malaysia mempromosikan perniagaan dan iklan tanpa sempadan. Malah kita boleh memulakan perniagaan walaupun tanpa MODAL. Tak PERCAYA? Tetapi itulah realiti ... affiliate dan dropship adalah antaranya. Jatuh bangun di dalam dunia perniagaan adalah perkara biasa bagi orang lama seperti kami. Program keusahawanan seperti ini seolah-olah memberikan peluang kedua kepada kami. Bagi orang baru yang mula melangkahkan kaki ke alam keusahawanan ini ... setinggi TAHNIAH untuk anda kerana telah memilih langkah yang POSITIF. Para pelajar dan warga pengajar TVET tidak kurang hebatnya! Insya&#