Posts

Showing posts from June, 2017

Siaran Media : Album Istimewa "RIA AIDILFITRI" NORANIZA IDRIS

Image
Siaran Media : Album Istimewa "RIA AIDILFITRI"  NORANIZA IDRIS Sempena Kempen Promotour Amal Ria Aidilfitri 2017 Bermula 30 Jun ~ 24 Julai 2017 Sepamjang Syawal 1438 H Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. 841132-U (NIPVSB) kini telah menerbitkan album hari raya  istimewa berjudul "Ria Aidilfitri". Album ini telah mula dilancarkan menyeluruh secara digital bermula 20 Jun 2016 yang lalu dan bakal dilancarkan secara rasmi buat pertama kalinya pada 15 Jun 2017, Khamis, bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Seiring dengan pelancaran ini, cakera padat terhad turut dijual untuk mengisi tabung amal. Putrajaya International Convention Centre (PICC) Bersempena dengan sambutan bulan Syawal tahun ini, "Ria Aidilfitri sekali lagi menjadi bingkisan istimewa buat semua peminat yang menggabungkan Noraniza Idris bersama artis-artis baharu yang sedang membina nama masing-masing dalam industri muzik Malaysia.