Posts

Showing posts from March, 2014

JOM BERKARIKATUR bersama DJ IDRIS dan BRO NAZA

Image
Bro Naza dan Sdr. Azman Nordin (junior sekolahnya) Pensyarah Kolej KPJ Nilai JOM BERKARIKATUR bersama DJ IDRIS dan BRO NAZA @ KPJ Tawakkal Speacialist Hospital 15 Mac 2014, Sabtu : 10.00 pg - 12.00 tgh      Seawal jam 9.30 pagi para peminat dan penggemar 'Karikatur' kami dah tak sabar nak suruh kami melakarkan wajah mereka. Ada yang sanggup bayar kalau dapat dua lukisan dengan kadar seberapa segera. Kelab Sukan dan Rekreasi, KPJ Tawakkal  selaku penaja memberi kuota kepada kami, karikatur PERCUMA untuk 30 yang terawal sahaja. Maklumlah FREE, kang hospital dah tutup tak habis-habis lagi nak melukis hehe ...      Seperti biasa kalau dua orang melukis memang cepat siap. Bro Naza bertambah semangat bila tengok aku juga terus melukis.      Cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk solat Zohor. Aku ambil giliran solat di surau terlebih dahulu. Walaupun sasaran kami pada awalnya, akan tamat sebelum atau selepas Zohor sahaja. Tak terjangka dengan sambutan yan

PROMOSI DAN KEMPEN DERMA ORGAN @ SEPETANG BERSAMA BLOGGER MALAYSIA & ASIA TENGGARA 2014

Image
Program Tahunan anjuran 'DENAIHATI NETWORK' Kembali Lagi ... http://denaihati.com TARIKH : 8 MAC 2014 (SABTU) MASA : 2.00 PTG ~ 5.00 PTG LOKASI : SALOMA BISTRO, JLN. AMPANG, KL. PENAJA UTAMA : YEO'S PENDERMAAN ORGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM     Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru di Malaysia. Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.        Orang Islam masih beranggapan bahawa  individu yang menderma organ seolah-olah akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namun sebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini  kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan satu lagi bentuk kebajikan. Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan s

HUMAIRA CURTAIN DESIGN : SENI REKAAN & JAHITAN LANGSIR ALAF BARU!

Image
HUMAIRA CURTAIN DESIGN merupakan salah satu perniagaan baru yang sedang meningkat naik. Premis, terletak kurang 1 km dari Pekan Kuang, 3 km dari Bukit Rahman Putra, Bandar Baru Sungai Buloh dan kurang 10 km dari Bandar Rawang. Terkini, Humaira Curtain Design sedang bertungkus-lumus memenuhi permintaan pelanggan penduduk setempat dan juga dari luar Lembah Kelang. Pemiliknya, Puan Al Fina bt. Basir (35) dibantu oleh suami tercinta Mustapa Rizal b. Mohamad (37). Pasangan yang dikurniakan 2 orang cahayamata, Puteri Humaira (9) dan Nur Ilyana Batrisyia (7) turut berkunjung ke gerai jualan dan membuat kerja sekolah di kedai sewaktu hujung minggu. Dibantu oleh abangnya Norfrimal b. Basir di bahagian pemasaran manakala seorang ibu saudara bergelar ‘Mak Su’ di bahagian pengeluaran. Usahawanita gigih kelahiran Kuang, Selangor ini pastinya menawarkan perkhidmatan seperti tempahan langsir, kain langsir, rod and pole, sarung kusyen, romand blind, aksesori dan pemasangan. Ma