Posts

Showing posts from August, 2014

PROJEK 15 MINIT - HARI TANPA LAPAR : RAMADAN 1435H

Image
Salam Aidilfitri ... Tentu anda masih ingat kepada Cik Zarith, seorang jurutera dan salah seorang peserta akhir Sejuta Impian TV3 (Episod Pertama). "HARI TANPA LAHAR" (HTL) turut dipilih oleh para juri rancangan tersebut dan menerima tajaan daripada Dana Belia 1Malaysia (1MDB) dengan kerjasama Telekom Malaysia berjaya merealisasikan hasrat Cik Zarith untuk membantu kepada mereka yang memerlukan dalam program anjurannya. Alhamdulillah, baru-baru ini sempena Ramadan 1435 H, penganjur "HARI TANPA LAPAR" telah mengadakan program "Projek 15 Minit ~ Hari Tanpa Lapar di persekitaran UTC Puduraya, Kuala Lumpur untuk memberikan sumbangan makanan dan minuman berbuka puasa secara PERCUMA. Sasaran "Projek 15 Minit ~ Hari Tanpa Lapar" bukan hanya bertumpu kepada golongan gelandangan sahaja malah terbuka kepada semua  di kawasan persekitaran tersebut. Pengawal keselamatan, pemandu bas, pemandu teksi, pejalan kaki, penumpang bas, ulat tiket da

PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan untuk menerima jemputan Tn. Haji Azmi, Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H. Majlis didahului dengan doa selamat, ucapan aluan-aluan daripada Pengerusi serta ucapan istimewa daripada YB. Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat yang turut menyerikan majlis.  YB. DR. CHE ROSLI CHE MAT, Ahli Parlimen Hulu Langat sedang menyampaikan ucapan Kelihatan beberapa para pelajar dari Kolej Ugama Islam Selangor (KUIS), para sukarelawan PESUHA, individu, masyarakat setempat, tetamu jemputan dan para dermawan memenuhi persekitaran majlis. Dianggarkan berjumlah lebih 1000 orang hadir dalam majlis tersebut yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Seusai solat fardu Zohor, kami sekeluarga meneruskan menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Jualan amal pakaian terpakai t

PROMOSI ISTIMEWA "KLINIK PIDATO" SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN NEGARA ~ OGOS 2014

Image
Salam Sejahtera buat semua, Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57 tahun, kami dari Kelab Pidato Perdana mempelawa ANDA dan rakan-rakan anda menyertai "KLINIK PIDATO" pada tarikh-tarikh berikut : a) 16 Ogos 2014, 10.30 pg di Sunway Mentari, Petaling Jaya b) 18 Ogos 2014, 8.00 mlm di Sunway Mentari, Petaling Jaya c) 19 Ogos 2014, 8.00 mlm di Dewan Komuniti, P16, Putrajaya d) 22 Ogos 2014, 8.00 mlm di Sunway Mentari, Petaling Jaya Lokasi Kelab Pidato Perdana (KPP) : No. 6-3, Tingkat 2, Jalan PJS 8/4, Sunway Mentari,  46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. BILIK LATIHAN/ MESYUARAT/ SEMINAR UNTUK DISEWA YURAN PENYERTAAN "KLINIK PIDATO" HANYA RM 50.00 SEORANG DAN PERCUMA UNTUK SEORANG RAKAN ANDA ! MEMANG BERBALOI ! SILA TEMPAH TEMPAT ANDA SEKARANG ! GAMBAR KENANGAN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU, CABARAN BERPIDATO DI PUNCAK GUNUNG TERTINGGI DI ASIA MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK ANDA BERMULA. MENYAMPAIKAN UCAPAN ADALA

"PROSKILLS TRAINERS" PAKAR DALAM PENGENDALIAN KURSUS PENGUCAPAN AWAM DALAM BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU.

Image
Azmi Shahrin, BA (Hons), M Econs, DTM, Certified Trainer (PSMB) 1.  Dare To Speak ™ for Executives & Professionals - 8 & 9 September (Mon-Tues) 2-Day  Dare To Speak ™  Public Speaking Programme for  Executives & Professionals    8 & 9 September 2014 (Mon & Tues)    9 a.m. to 5 p.m.    @ ProSkills Trainers' Office, Sunway Mentari, Petaling Jaya    Registration fee: RM 1,200 (early bird RM 950 by 16 Aug 14) As usual,  RM600 only for the first 2 self-paying individuals  (strictly for self-paying individuals). 2.  Dare To Speak ™  for Secondary School Students & Primary School Children  - LAST CLASS FOREVER? From next year onwards, we won't be conducting classes for students any more. If you are interested to send your children, pls do it this year. 2-Day  Dare To Speak ™  Public Speaking Programme for  Secondary School Students    22 & 23 November 2014 (Sat & Sun, school holidays)    9 a.m. to 5

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSAT JAGAAN NUR HASANAH 2014

Image
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Jagaan Nur Hasanah dan Program 1M4U Puspanita Kementerian Kesihatan Malaysia akan diadakan pada 16 Ogos 2014, bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dan bertempat di Pusat Jagaan Nur Hasanah, Lot 842, Lorong Dato' Dagang Haji Tahir, Kg. Sesapan Kelubi, 43700 Beranang, Selangor. Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia dengan kerjasama Puspanita Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan penganjur program pada kali ini. Y.BHG. DATUK FARIDA BT. MOHD. ALI (KSU KKM) Aturcara Majlis : 9.00 pg - Ketibaan warga Puspanita Kementerian Kesihatan Malaysia dan 1M4U 9.30 pg - Gotong-royong di Pusat Jagaan Nur Hasanah 10.00 pg - Ketibaan tetamu jemputan 10.45 pg - Ketibaan Y.Bhg. Datuk Farida Bt. Mohd. Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia 11.00 pg - Bacaan Doa               - Taklimat oleh Y.Brs. Tn. Hj. Mohiadin B. Bahado, Pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah               - Ucapan Aluan oleh Y.Brs. Pn.