PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan untuk menerima jemputan Tn. Haji Azmi, Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H. Majlis didahului dengan doa selamat, ucapan aluan-aluan daripada Pengerusi serta ucapan istimewa daripada YB. Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat yang turut menyerikan majlis. 

YB. DR. CHE ROSLI CHE MAT, Ahli Parlimen Hulu Langat sedang menyampaikan ucapan


Kelihatan beberapa para pelajar dari Kolej Ugama Islam Selangor (KUIS), para sukarelawan PESUHA, individu, masyarakat setempat, tetamu jemputan dan para dermawan memenuhi persekitaran majlis. Dianggarkan berjumlah lebih 1000 orang hadir dalam majlis tersebut yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.


Seusai solat fardu Zohor, kami sekeluarga meneruskan menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Jualan amal pakaian terpakai turut disediakan. Pembeli hanya perlu memilih pakaian yang bersesuaian dengan mereka dan memberikan sumbangan di dalam tabung khas yang disediakan. Dikesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan Sukarelawan Persatuan Hospital Ampang (PESUHA) mengucapkan jutaan terimakasih kepada rakan-rakan dan orang ramai yang mendermakan pakaian terpakai kepada kami untuk meneruskan "JUMBLE SALE" seperti ini.






PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA 
NO. PEN. ROS : 004-10-25012012
 LOT 683, JALAN SEKOLAH, KG. SUNGAI SEKAMAT,
BATU 12 ½, JALAN CHERAS, 43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL / FAX : 03-8733 0715

Kelolaan :

PERSATUAN KEBAJIKAN AL-FIRAH MALAYSIA

Dengan Kerjasama :

PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA

Penaung :

YDH. DATO ORANG KAYA TO’ ENGKU MAHA BIJAYA HULU LANGAT
ABDUL JALIL BIN DATO’ ABDUL RANI
ORANG BESAR DAERAH HULU LANGAT

JEMPUTAN KERJA AMAL

Pertubuhan, Korporat, Individu, Institusi Pendidikan dan sebagainya digalakkan untuk melawat ke Pusat Jagaan serta melakukan kerja-kerja amal (CSR).

PENGENALAN

Peningkatan kes-kes terdampar warga emas merupakan satu fenomena yang membimbangkan dan harus ditangani sebaik mungkin, lebih-lebih lagi menjelang tahun 2020. Tidak dinafikan punca utama gejala ini berleluasa akibat daripada kerapuhan institusi keluarga, keruntuhan akhlak, ketidakpatuhan kepada ajaran agama dan pelbagai lagi fenomena social lain yang telah menyumbang kepada masalah pengabaian yang berterusan oleh ahli-ahli keluarga. Di hospital-hospital kerajaan seumpamanya, keadaan ini semakin ketara bilamana pesakit ditinggalkan waris atau lebih tepat diabaikan. Atas dasar keperimanusiaan, maka Pusat Jagaan Al Fikrah terpanggil menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi membantu insane yang malang ini. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu malam dan siang secara senyap=senyap atau terang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sini Tuhan mereka dan mereka tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan ereka pula tidak akan berdukacita.”

(Al-Baqarah : Ayat 274)

OBJEKTIF PENUBUHAN

a)      Penempatan penghuni terdampar lelaki dan wanita.
b)      Penempatan sementara/ kekal penghuni miskin tidak berkemampuan, tidak mempunyai saudara mara serta bermasalah social.
c)      Membantu hospital kerajaan untuk menempatkan pesakit selepas discaj dari wad.
d)      Memberi keselesaan kepada penghuni agar mereka merasai hidup yang terurus dan disayangi oleh insan lain.

KATEGORI PENGHUNI

a)      Terdampar tanpa waris.
b)      Orang kurang upaya (OKU).
c)      Warga emas.
d)      Mualaf/ Saudara baru.
e)      Bekas pesakit hospital.

KATEGORI PENGHUNI TIDAK DDIPERTIMBANGKAN

a)      Penagih dadah/ Arak/ Gam.
b)      Penghidap HIV/ AIDS.
c)      Gangguan kesihatan mental.
d)      Penyakit berjangkit.

KRITERIA KEMASUKAN

a)      Rujukan daripada Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital.
b)      Rujukan daripada individu/ masyarakat.
c)      Beserta Laporan Perubatan Pakar/ Pegawai Perubatan.

PROGRAM-PROGRAM DI PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA

a)      Khidmat kaunseling.
b)      Membimbing dan mendidik dari segi spiritual, emosional serta persediaan dalam menjalani kehidupan berdikari kelak.
c)      Keagamaan dan kerohanian.
d)      Kemahiran diri serta kerja tangan seperti gubahan, lukisan dan sebagainya.
e)      Pengajian kelas Al-Quran, Feqah, Fardhu ‘Ain dan lain-lain.
f)       Aktiviti riadah seperti senaman pagi, berkebun dan sebagainya.
g)      Aktiviti bersama masyarakat ketika lawatan seperti ziarah, gotong-royong, ramah-mesra dan jamuan.
h)      Aktiviti bersama dari penun tut-penuntut kolej, universiti dan sekolah.
i)       Aktiviti luar bersama masyarakat seperti jamuan berbuka puasa, perkahwinan dan lain-lain.

KEMANA SUMBANGAN DIBELANJAKAN

a)      Makanan harian.
b)      Sewa premis.
c)      Utiliti seperti bil elektrik/ air/ telefon/ surat khabar/ majalah.
d)      Emolumen/ gaji pekerja termasuk KWSP dan SOCSO.
e)      Kos pengangkutan untuk rawatan hospital dan klinik.
f)       Pendidikan kerohanian/ modal insane/ pembangunan diri.
g)      Peralatan perubatan seperti kerusi roda/ oxygen concentrator/ ripple mattress/ suction pump/ diapers/ nebulizer dan lain-lain.
h)      Peralatan harian seperti katil/ tilam/ bantal/ selimut.
i)       Pakaian.
j)       Pengubahsuaian premis seperti peralatan khas OKU, bilik air, ruang solat, ruang makan, dewan aktiviti, ruang riadah, stor dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit”

(Hadis Riwayat : Al-Bukhari dan Muslim)

SUMBANGAN ATAS NAMA :

a)      PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA
MAYBANK ISLAMIC, No. Akaun : 5641 5555 1966

b)      PERSATUAN KEBAJIKAN AL-FIKRAH MALAYSIA
BANK MUAMALAT, No. Akaun : 1207 0005 9727 13

BERKONGSI JARIAH BERSAMA KAMI …

SEBARANG BENTUK SUMBANGAN, PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT. SILA HUBUNGI :

a)      TN. HJ. AZMI (Pengerusi) 016-335 5960
b)      TN. HJ. MOHIADIN (Timb. Pengerusi) 017-394 3216
c)      EN. RUSLAN (Setiausaha) 019-212 3757
d)      EN. MUHAMMAD SYAFIQ (Pen. Setiausaha) 017-378 6804
e)      PN. AIDAH (Bendahari) 013-251 1372
f)       EN. AZMAN (AJK) 019-977 7419
g)      EN. MOHD. ARIF (AJK) 019-620 3445
h)      PN. HJH. FAIZAH (Ketua Sukarelawan) 019-601 5504

Comments

Popular posts from this blog

SAJAK UNTUK PALESTIN

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI HASSAN ADLI BOUTIQUE @ BANGI SENTRAL