PENGUCAPAN AWAM BERKESAN



Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap, pendengar atau hadirin. Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pengucapan awam bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan, penampilan dan tingkahlaku serta etika.

Pengucapan awam yang baik mampu membolehkan perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya. Kemahiran dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini merupakan satu kelebihan kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin disampaikan oleh pengucap.


PIDATO

Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (2002), pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk.  Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa akan dipidatokan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan pendengar.



 KELAB PIDATO PERDANA

    Kelab Pidato Perdana ialah sebuah kelab pengucapan awam yang menggunakan Bahasa Malaysia. Kelab ini masih dalam proses pembentukan dan pemantapan. Kelab Pidato Perdana mula-mula ditubuhkan pada 31hb. Mac 2004. Dalam masa 5 tahun yang pertama, KPP telah bergerak sebagai kelab Toastmasters. 

   Cogan kata Kelab Pidato Perdana ialah "Kami Martabatkan Bahasa Malaysia". Cogan kata ini mengungkapkan matlamat KPP yang umum iaitu memartabatkan bahasa kebangsaan. Matlamat KPP yang khusus ialah untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli mempertingkat kemahiran menyampaikan ucapan di dalam Bahasa Malaysia. Pengucapan awam merupakan antara cara yang paling baik yang akan menyumbang kepada pencapaian matlamat KPP yang umum.

Rujukan : Pidato (kata nama) melalui 'Dewan Bahasa Dan Pustaka"

Bersinonim dengan ucapan, syarahan, khutbah, ceramah, kuliah;,
Kata Terbitan : berpidato, pemidato

Comments

Popular posts from this blog

PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA

PENGUCAPAN AWAM UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & LEPASAN SPM

SUKARELAWAN UNTUK SUKAN SEA KE 29 @ KUALA LUMPUR DIPERLUKAN.