PENGUCAPAN AWAM UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & LEPASAN SPM
Pengucapan Awam Untuk Pelajar Sekolah Menengah dan Lepasan SPM dapat membina keyakinan diri para pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan di sekolah. Asas ini membolehkan mereka untuk pergi jauh dan menyerlahkan lagi bakat yang ada dalam diri mereka.
Saya teringat ketika dibangku sekolah rendah lagi, saya selalu dipilih oleh guru untuk membuat persembahan sama ada mendeklamasi sajak, bercerita dan berlakon semasa "Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Sekolah" dan sebagainya.
Saya akui saya bukanlah pelajar yang amat cemerlang di dalam bidang akademik. Keputusan peperiksaan biasa-biasa sahaja atau sederhana. Namun saya tidak berasa dipinggirkan. Beberapa guru yang terlibat mengundang saya menyertai suatu bidang yang saya sendiri masih kabur pada peringkat permulaannya.
Cikgu Tajul, Guru Bahasa Melayu (masih ingat lagi namanya) berjaya mengesan dan menggilap bakat yang hadir dalam diri saya. Saya dan dua orang rakan telah dipilih mewakili sekolah untuk pertandingan bahas. Kami juga pernah merakamkan suara untuk rancangan kanak-kanak untuk siaran radio RTM ketika itu.
Semasa bersekolah menengah, saya dilantik sebagai Pustakawan. Peluang tersebut menjadikan saya seorang 'ulat buku'. Ketika itu saya mewakili sekolah untuk pertandingan melukis, syarahan, tulisan khat, penulisan cerpen fiksyen dan beberapa lagi. Saya juga pernah memenangi tempat kedua merekabentuk majalah sekolah dan pernah terlibat untuk beberapa pertandingan merekabentuk di luar.
Saya pernah bercita-cita menjadi seorang pelukis atau penulis. Beberapa hasil karya lukisan saya pernah dijual semasa zaman persekolahan. Secara tidak langsung, saya dapat mencari duit poket dan berbangga dengan usaha sendiri.
Ketika dua orang abang dan kawan-kawan saya bermain bola di padang, saya menjual ais krim dan kerepek pisang keluaran seorang makcik di kampung. Kemudian, pokok nangka dan pokok jambu, arwah Pakcik Baharom pula sentiasa menanti kehadiran saya untuk memanjatnya.
"Aiskrim, aiskrim, kerepek, kerepek ...
"Nangka, nangka, jambu, jambu. Murah, murah ...
Suara nyaring saya yang masih belum pecah kedengaran di sekitar kampung sambil menunggang basikal.
Abah pernah bercerita :
"Dulu masa kecil, abah juga pernah buat perkara yang sama."
kata abah bersemangat memulakan kisahnya.
"Kalau ada orang yang tanya, "Siapa yang buat kuih?"
Jawab abah, "Kakak" (Walaupun nenek yang buat, sebenarnya)
Kesimpulannya :
Saya baru tahu bahawa apa yang saya alami dahulu adalah salah satu cabang daripada bidang pengucapan awam yang akhirnya menjadi kerjaya pada hari ini.
Jika berminat menyertai Pengucapan Awam Berkesan layari www.pidatoperdana.com
Tempat: JCI PJ, Sunway Mas Commercial Centre, PJ
(berhampiran LRT Putra, Kelana Jaya).
Tarikh : 16 Disember 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Yuran Pendaftaran : RM 150 sahaja.
Terbuka kepada 10 peserta sahaja.
Jika Berminat, Sila Hubungi :
Cik Sandy Tan (019-248 3763)
Tempat Terhad! DAFTAR Sekarang!
"Kami Martabatkan Bahasa Malaysia"
Comments
Post a Comment