RUMAH AMAL SUCI ROHANI

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan
mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta
benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua
ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam
perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis
kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan
membalas dengan sebaik-baiknya).
JUALAN AMAL akan diadakan pada 24 Februari 2013 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di alamat No. 109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, Petaling Jaya. Objektif program ini adalah untuk membantu Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin "RUMAH AMAL SUCI ROHANI" http://www.rumahamalsucirohani.webs.com/
Serba sedikit maklumat mengenai jualan amal nanti, akan terdapat jualan barangan permainan, pakaian kanak-kanak dan dewasa, jualan beraneka seperti kek, kasut, mug dan lain-lain lagi. Gerai cendol juga ada pihak yang berminat untuk membukanya.
Sewaan tapak adalah PERCUMA. Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga sama ada mempunyai produk sendiri atau sebagainya amat dialu-alukan. Sedikit sumbangan daripada hasil jualan boleh disumbangkan kepada rumah anak yatim dan asnaf ini.
Kepada sesiapa yang ada kelapangan pada 23 Feb. (Sabtu) dijemput sebagai sukarelawan untuk membantu pihak urusetia menyiapkan keperluan seperti meletak tanda harga, susunan dan sebagainya.
Orang ramai dijemput hadir. Para individu atau usahawan yang berminat untuk membuka gerai
jualan untuk program ini atau berhasrat menghulurkan sumbangan sila hubungi : Pn. Roshidah Abdul A'ala di talian 019-649 0369 atau email kepada shieda08@gmail.com
Mudah-mudahan setiap amal yang baik akan dirahmati Allah S.W.T dan jasa tuan-tuan dan puan-puan serta para dermawan yang budiman akan sentiasa kami kenang. Pastinya anak-anak yatim di Rumah Amal Suci Rohani ini turut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan berterima kasih di atas bantuan kalian.
Salam Hormat. Wassalam.
______________________________________________________
Sekiranya anda ingin mendermakan pakaian seperti BAJU KURUNG TERPAKAI dan BAJU MELAYU TERPAKAI sila hubungi saya seberapa segera.
DJ IDRIS MOHAMAD
019-235 2954
idris.mohamad72@gmail.com
Comments
Post a Comment