MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MEDIA BERSAMA MENTERI MOTAC DAN PELANCARAN ‘RAKAN MoTAC’


DJ Rizz (DJ, Emcee, Voice Over Actor, Blogger & Activist)  

KUALA LUMPUR, – Lebih 200 orang pengamal media yang terdiri daripada ketua-ketua pengarang dari media cetak, elektronik, media sosial, bloggers dan key opinion leader dalam pelbagai bidang media telah berkongsi pengalaman, mencambah idea-idea dan mengeratkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Majlis Ramah Mesra Media dan Pelancaran ‘Rakan MoTAC’ di Menara Kuala Lumpur ini dihoskan oleh Y.B. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi mendapat kerjasama yang lebih erat, jaringan perkongsian maklumat dan promosi pelancongan, seni budaya dan warisan bersama rakan-rakan media bagi mencapai objektif kementerian dalam memperkasakan industri pelancongan, seni dan budaya negara.

Datuk Mohamaddin juga turut melancarkan ‘Rakan MoTAC’ iaitu program ‘intelligent gathering’ kementerian bersama pemain industri khususnya media, penggiat seni dan budaya serta pemegang taruh yang berkepentingan dalam industri pelancongan, seni dan budaya.
Program sebegini merupakan platform terbaik para media memberi maklum balas, pandangan serta menambahbaik dasar termasuk menangani isu-isu berkaitan ‘business matters’ Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan lebih santai dan terbuka.

Selain itu juga, dengan adanya ‘Rakan MoTAC’ ini ia dapat membantu kementerian ini melonjakkan lagi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang unggul di rantau ini dan dunia khususnya mempromosikan seni dan budaya melalui platform media massa dan media sosial. Ini selaras dengan matlamat kementerian untuk mensasarkan jumlah kedatangan pelancong asing seramai 30 juta orang pada tahun 2020 dengan pendapatan pelancongan dianggarkan bernilai RM 100 bilion.
Beliau turut mengakhiri ucapan perasmian dengan dua rangkap pantun yang sebagai menghargai rakan-rakan media.

Enak rasa buah pulasan,
ambil sebiji di atas para,
rakan media cetusan bingkisan,
menjadi wadah kemakmuran negara.

Tenang tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung;
hati terkenang mulut tersebut,
budi yang baik rasa nak junjung.

Majlis ini juga diserikan dengan persembahan istimewa ‘Dondang Sayang’ daripada  pihak ASWARA yang telah diberikan status ‘Warisan Kebudayaan Tidak Ketara UNESCO’ baru-baru ini serta memperkenalkan menu istimewa ‘Cendol Malaysia’ oleh Menara Kuala Lumpur.

Dapatkan info lanjut mengenai MoTAC disini :

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel : 03-8891 7190
Fax : 03-8891 7181
Laman Sesawang : www.motac.gov.my
Instagram : mymotac
Twitter : mymotac

#VisitMalaysiaYear2020
#RakanMotac
#MenteriMotac
#DJ.RizzOfficial

Aktiviti seni dan budaya akan datang :
Malay World Culture Paradise bersama Noraniza Idris
Ratu Irama Malaysia


Mega View Banquet, Menara Kuala Lumpur, di aras ketinggian 288 meter

Comments

Popular posts from this blog

SAJAK UNTUK PALESTIN

PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA

PENGUCAPAN AWAM UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & LEPASAN SPM