MMSOS : APLIKASI KESELAMATAN YANG PERTAMA DI MALAYSIA


Kuala Lumpur - Majlis Penyampaian Anugerah Emas Kecemerlangan serta Majlis Menandatangani Persefahaman (MOU)  antara Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM), ‘Academy of United Nations University for Global Peace’ (UNUGP) dan MM Synergy Sdn. Bhd. (MM Synergy) telah diadakan di ibukota baru-baru ini.

Program yang bersejarah ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof Tan Sri Dr. Munshy Muslim Bin Yacob, Pengasas dan Ketua Turus Utama PTCM, YBhg. Prof.Dr.Madhu Krishan, Pengasas dan Pengerusi, ‘Academy of United Nations University for Global Peace’ (UNUGP) dan Mr. Lim Kean Lam, Pengasas MMSOS.

 MM Synergy memperkenalkan aplikasi keselamatan yang boleh dimuat turun secara percuma oleh rakyat Malaysia. Aplikasi ini memfokuskan bantuan kecemasan dan pencegahan jenayah serta bantuan tunda kenderaan. 

Justeru pastinya memberi impak yang berguna kepada pengguna. Malah perkhidmatan ini akan memeberi banyak kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Aplikasi MMSOS merupakan yang pertama di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses, beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. 

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan.

Pengasas syarikat MM Synergy Sdn. Bhd, K.L. Lim berkata, buat masa ini applikasi bantuan kecemasan MMSOS telah dimiliki lebih 1,000 orang sejak diperkenalkan pada April, 2018. Syarikat mensasarkan 1 juta pengguna menjelang tahun 2023.

“Melalui aplikasi ini, pengguna tidak perlu menghubungi talian kecemasan 999 kerana perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat dapat membantu mereka dengan lebih mudah, lebih cepat dan lebih berkesan,” ujarnya ketika berucap di dalam majlis tersebut.

Aplikasi bantuan kecemasan ini merupakan kempen untuk memupuk kesedaran terhadap orang ramai mengenai kepentingan aplikasi MMSOS dengan hanya menekan ‘Panic Button’ tatkala pengguna berdepan dengan masalah kecemaan seperti rompakan, kes ragut, kecurian kenderaan, pembuli jalan raya dan sebagaiya.

Manakala, pelanggan berbayar berhak menerima manfaat dari segi potongan harga sehingga 40% dan percuma untuk pelbagai perkhidmatan yang lain. Antaranya diskaun hebat untuk pakej penginapan di Marina Island, Perak, pemeriksaan kesihatan dan perlindungan insurans peribadi serta kemalangan, yuran ambulan, tawaran kadar menarik untuk perkhidmatan penyelenggaraan kerta serta yuran penundaan kereta di waktu kecemasan.

“Pelanggan berhak memiliki pakej bernilai lebih RM5,000 jika melanggan applikasi MMSOS serta memperbaharuinya setiap tahun,” tambah beliau mengakhiri perbualan.

MMSOS perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja sebagai suatu persediaan sebelum ditimpa bencana kecemasan tanpa diduga. Malang tidak berbau, persediaan itu penting. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan!






Penulis, DJ Rizz bergambar kenangan bersama Prof. Dr. Zahid Haque, 
Pengacara Majlis sebelum majlis berlangsung
Lokasi : Cempaka Apartment Hotel, Menara PGRM, Kuala Lumpur





 Barisan VIP bersama YBhg. Prof. Dr. Madhu Krishan,

Pengasas dan Pengerusi, Academy of United Nations University for Global Peace (UNUGP)



Ucapan Alu-aluan oleh Prof. Dr. Zahid Haque, Pengerusi Majlis 
merangkap 
Setiausaha Agung Pasukan Tindakan Cemas Malaysia 
dan
Pengarah Antarabangsa ‘Academy of United Nations University for Global Peace, Malaysia.’

 Ucapan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Hj. Munshy Muslim Yacob,
Pengasas dan Pengerusi, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia
(Emergency Action Force of Malaysia)

 Ucapan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Hj. AB. Nasir Mohd. Noorfrom,
Timbalan Pengerusi, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia


Ucapan oleh YBhg. Prof. Dr. Madhu Krishan,
Pengasas dan Pengerusi, ‘Academy of United Nations University for Global Peace’ (UNUGP)

Ucapan oleh YBrs. Mr. Lim Kean Lam, Pengasas MMSOS



Video Persembahan MMSOS disampaikan oleh Mr. Gary, MMSOS


Majlis Penyampaian Anugerah Emas Individu Cemerlang bersama Pingat dan Sijil Kecemerlangan disampaikan oleh YBhg. . Prof. Dr. Madhu Krishan, 
Pengasas dan Pengerusi 
‘Academy of United Nations University for Global Peace’ kepada :



1.     YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Hj. Munshy Muslim Yacob,
Pengasas dan Pengerusi, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia


2.     YBhg. Dato’ Seri Dr. Hj. AB. Nasir Mohd. Noorfrom,
Timbalan Pengerusi, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia


3.     YBrs. Prof. Dr. Zahid Haque, Pengerusi Majlis merangkap 
Setiausaha Agung PTCM dan Pengarah Antarabangsa ‘Academy of United Nations University for Global Peace, Malaysia.’

4.     Mr. Lim Kean Lam, Pengasas MMSOS

Sejurus selepas itu, YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Hj. Munshy Muslim Yacob, Pengasas dan Pengerusi, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) juga sudi menyampaikan Anugerah Khas PTCM kepada :

1.     YBhg. . Prof. Dr. Madhu Krishan, Pengasas dan Pengerusi
Academy of United Nations University for Global Peace’ 
di atas kerjasama erat kedua-dua belah pihak.


2.     Prof. Dr. Zahid Haque, Pengerusi Majlis merangkap 
Setiausaha Agung PTCM dan Pengarah Antarabangsa ‘Academy of United Nations University for Global Peace, Malaysia’ 
di atas sumbangan terbaik dan khidmat yang berterusan kepada PTCM.


Mr. Lim Kean Lam, Pengasas dan Pengerusi MMSOS juga turut tidak melepaskan peluang untuk penyampaian cenderamata kepada para VVIP sebagai tanda kenang-kenangan.


Seterusnya, pemakaian Beret Biru oleh Dr. Madhu Krishan kepada beberapa anggota SPiA (Soldiers of Peace International Association, UN)




Sebelum penutup, suatu Majlis Persefahaman (MOU) di antara beberapa pihak turut diadakan dengan suasana yang penuh harmoni. 




1.     PTCM bersama AUGP & UNUGP
(Prof. Dr. Madhu Krishan + Tan Sri Prof. Dr. Munshy Muslim Yacob)

2.     Asean University International bersama AUGP & UNUGP
(Prof. Dr. Madhu Krishan + Prof. Dr. Zahid Haque + Dato’ Seri Dr. Dharmadass Damoo)

3.     Universiti Putra Malaysia bersama AUGP & UNUGP
(Prof. Dr. Madhu Krishan + Prof. Dr. Zahid Haque + Dato’ Seri Dr. Dharmadass Damoo)

4.     Diplomatic Mission Peace and Prosperity (DMPP) + Prof. Dr. Zahid Haque



Gambar Pingat (depan dan belakang) yang diterima oleh penerima.






Comments

Popular posts from this blog

SAJAK UNTUK PALESTIN

PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA ~ RUMAH KEBAJIKAN LELAKI & WANITA

PENGUCAPAN AWAM UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & LEPASAN SPM