SALAM AIDILFITRI 1435 H
![]() |
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera,
Buat Muslimin dan Muslimat yang menyambut hari kemenangan,
1 Syawal 1435 H di seluruh dunia.
![]() |
SETIAP PEMBELIAN ALBUM EWANA RAYA 2014 : TURUT MENYUMBANG UNTUK TABUNG GAZA |
Di saat kita bergembira dan menjalinkan silaturahim antara ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya. Jangan lupa akan apa yang dihadapi oleh saudara seagama kita di Gaza, Palestin dan negara-negara lain di dunia ini. Mereka dibunuh dan diperangi dengan kejam tanpa belas kasihan. Mereka dipinggirkan. Malah ada yang dibakar hidup-hidup atau ditembak mati di hadapan ahli keluarga mereka tanpa perikemanusian. Apakah akal manusia sudah hilang? Dunia sudah tidak selamat? Atau itu tanda hampirnya kiamat?
![]() |
JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PROGRAM AMAL INI |
Kita dari jauh hanya mampu mendoakan. Atau sedikit sumbangan kita untuk mereka yang memerlukan dapat meringankan beban mereka. Walaupun kita jauh beribu batu. Kita bulatkan nekad untuk membantu sekadar mampu.
![]() |
GAZA WE ARE WITH YOU 1.0 |
Masihkah kita ingat sirah Islam? Ketika Perang Badar, tentera Islam berperang di bulan Ramadan. Mereka seramai 313 orang berjaya mengalahkan 1000 orang tentera musuh. Kehebatan dan keagungan Yang Maha Kuasa mengatasi segalanya. Sesungguhnya menjadikan kita seorang insan yang benar-benar berfikir.
![]() |
BRIGED AL QASAM |
Pelbagai Cara Boleh Kita Lakukan Untuk Mengumpul Dana Untuk Tabung GAZA, Palestin :
![]() |
KONSERT AMAL 4 RABIA @ STADIUM TERTUTUP NILAI |
![]() |
ROSE 2 ROSE CHARITY DINNER |
Perjuangan melalui T-Shirt sambil menyumbang untuk
Tabung Gaza di sini.
Salam Hormat,
IDRIS MOHAMAD
Aktivis Malaysia
Comments
Post a Comment